MB Kelantan umumkan pembinaan stadium baru (Video)

SETIAP kali apa jua yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk kerajaan negeri yang ditadbirnya, tidak pernah terlepas dari bibirnya fokus kepada pembangunan Islam sesuai dengan slogan negeri Kelantan, "Membangun bersama Islam".

Sehingga ada seorang kawan berseloroh, "Nik Aziz kalau dia nak buat disko pun mesti kena buat tempat solat dalam disko tu". Mana tidaknya, apa sahaja yang dibuat oleh Tuan Guru, beliau pasti akan mengutamakan Islam, sebagai contoh, beliau nak buat Stadium Baru, orang lain dok sibuk fikir reka bentuk, keluasan dan kedudukan stadium, namun Tuan Guru Nik Aziz hanya bimbang dengan ruang solat.

Jelas sekali Menteri Besar Kelantan ini tidak kisah dengan pembangunan dan projek negerinya asalkan islam sentiasa terbela. Takbir!



Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya. [Harakahdaily]



ReJaM© "Kelantan terus membangun bersama Islam..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan