Ustaz Zamri Mari Mengaji TV9 turut sertai BERSIH 2.0


PEMINAT rancangan Mari Mengaji TV9 tentu tidak asing dengan nama Ustaz Zamri yang mengendalikan rancangan tersebut. Beliau bukanlah ahli politik, bukan penyokong mana-mana parti pembangkang secara jelas. Tetapi beliau seorang warganegara yang mahukan pilihanraya yang bebas dan adil.

Meskipun menerima pelbagai ugutan daripada pihak Polis yang menjadi alat kerajaan United Malays No Otak, UMNO. Ustaz Zamri tidak gentar dengan ugutan dari pemerintah yang zalim. Kami rakyat cintakan tanah air, cintakan kedamaian, kami berhimpun secara aman menuntut demokrasi yang adil dan bersih.

Di bawah ini gambar beliau yang sempat dirakamkan di dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dianjurkan pada 9 Julai 2011 yang lalu. Beliau sanggup basah kuyup bersama peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang lain.


Media arus perdana kawalan gerombolan songkok tinggi bersungguh-sungguh mencari jalan untuk memburukkan imej BERSIH 2.0. Mereka berusaha menggambarkan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah perhimpunan ganas, komunis, murtad, kristian, lawan agung dan sebagainya.

ReJaM© "Adakah Ustaz Zamri juga dianggap komunis, kristian, ganas dan murtad kerana menyokong BERSIH 2.0?"


Sebelum ini turut disiarkan di MiLo SuaM, gambar Marina Mahathir anak kepada Tun Mahathir yang turut menyertai Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 klik sini [Marina Mahathir BERSIH]

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan