Ambulan terbabas seorang ibu meninggal dunia

MALANG tak berbau, seorang ibu yang mengiringi anaknya ke hospital kerana terkena renjatan elektrik, maut apabila ambulan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalanraya (terbabas) di sebuah selekoh.

Ambulan tersebut dalam perjalanan membawa anak mangsa dari Felda Jelai ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah. Kejadian dipercayai berlaku pada sekitar jam 7:30 hingga 8:30 malam semalam.

Mangsa yang maut akibat kecederaan parah dikenali sebagai Norizah Bujang. Manakala anaknya, Moriem Tam Suhana Ahmad kini kritikal. Kejadian turut menyebabkan seorang pembantu perubatan cedera di kepala.

Pemandu ambulan berkenaan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. Di bawah ini gambar ambulan tersebut yang dikirim oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM.


Pengirim gambar ini memaklumkan bahawa beliau mengambil gambar ini di Balai Polis Bukit Rokan. Pengirim kebetulan singgah di Balai Polis Bukit Rokan atas urusan yang tidak dinyatakan.




ReJaM© "Dalam kita bergembira di Hari Raya, ada insan lain ditimpa musibah ..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan