Mana ucapan takziah dari Perdana Menteri?

HEBOH di dada-dada akhbar dan media elektronik berita tentang kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia [Jurugambar maut].

Berita ini benar-benar menggemparkan negara. Utusan Malaysia dilihat meletakkan berita kematian jurugambar itu di muka depan akhbar propaganda nombor satu itu.



Pelbagai pihak telah memberikan ucapan takziah termasuk Nik Nazmi mewakili KEADILAN, kepada keluarga almarhum Noramfaizul Mohd Nor di atas pemergiannya menyaksikan sendiri kebenaran segala janji-janji Allah [TMI].

Sebaliknya, sehingga kini (sehingga artikel ini ditulis) tiada sebarang ucapan takziah dari Perdana Menteri, Najib Tun Razak terhadap wira negara ini. Tinjauan mendapati bahawa mesej terakhirnya di twitter beliau hanyalah ucapan hari kemerdekaan yang ditulis pada rabu lalu (31 Ogos 2011) [Twitter].



Hal ini mengukuhkan dakwaan sebelum ini bahawa Najib Razak sedang bercuti di Perth, Australia ketika negara sedang menyambut hari kemerdekaan ke 54 [Najib bercuti]

ReJaM© "Barangkali Najib langsung tidak mengetahui berita ini..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan