BEBERAPA hari lalu, Zulkifli Nordin yang juga ahli parlimen Kulim Bandar Baru mengadakan satu ceramah "Debat Rakyat" di salah sebuah Sekolah Tabika Kemas, Seksyen 8 Shah Alam.

Jalan masuk ke sekolah tabika lokasi ceramah, ahli parlimen yang mengaku sebagai "bebas" itu dipasang gerbang besar yang diperbuat daripada belon udara dengan logo Barisan Nasional.

Persiapan ceramah ahli politik kontroversi itu dilihat begitu gah, dengan tajuk besarnya "Debat Rakyat". ReJaM© menjangkakan satu perdebatan hangat akan berlangsung berhubung isu-isu semasa dan politik.
Rupa-rupanya jangkaan ReJaM© ternyata meleset sama sekali. Zulkifli Nordin tidak berdebat pun, sebaliknya sekadar terjerit-jerit seorang diri, di hadapan puluhan bangku-bangku kosong, kesian...

ReJaM© "Ini bukan debat, ini namanya musibat..."
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda