Kesatuan Sekerja berdemo bantah pindaan akta kerja 1955!



MTUC akan menggerakkan satu demonstrasi yang dirancang dilakukan pada hari Khamis (3 November 2011) di 11 tempat sekitar Selangor bermula dari jam 5.00 pm antaranya di seksyen 15, Shah Alam dan di depan Proton Shah Alam.

MTUC merancang mengadakan piket ini untuk membuka mata kerajaan perihal kesan-kesan negatif akibat Pindaan Akta Kerja 1995 yang telah diluluskan pada tarikh 6 October 2011.

Juga diharapkan dapat membuka fikiran golongan pekerja, agar 11 juta orang pekerja di Negara ini lebih peka dan memahami tentang permasalahan yang sebenar.

Pindaaan Akta Kerja 1955 tersebut sebenarnya banyak merugikan masa depan para pekerja.

Difahamkan bahawa sekiranya sistem "Contractor for labour" ini diamalkan secara meluas di dalam negara ini,maka generasi pekerja dimasa hadapan tidak akan dapat menikmati imbuhan-imbuhan yang sepatutnya dinikmati oleh para pekerja.

Apa dia "Contractor for Labour" ni?

Ianya adalah syarikat pekerjaan yang menyediakan pekerja-pekerja yang bekerja secara kontrak untuk syarikat-syarikat besar di semua sektor fahamkan akibat-akibat dari pindaan akta tersebut.

Dengarkan rakaman penjelasan Naib Presiden Kesatuan Sekerja, MTUC M Roszeli di bawah ini.



ReJaM© "Ayuh bangun golongan pekerja! Suarakan hak anda!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan