GOLONGAN pekerja akan mengadakan perhimpunan sekali lagi bagi membantah pindaan akta pekerja 1955 pada pukul 5 petang ini di dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.
Maklumat diperolehi dari laman facebook Pak Syed Shahir [facebook].

Semua orang yang merasakan dirinya sebagai pekerja dijemput hadir beramai-ramai bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 berhubung "kontraktor tenaga kerja" yang akan menghancurkan masa depan golongan pekerja.
Khabarkan kepada semua rakan-rakan, saudara mara, sahabat handai, orang kampung, orang bandar, ayam itek, lembu dan kambeng! Jangan biarkan golongan pekerja dizalimi!
Update:
Bagi sahabat pembaca yang tak faham mengapa dikatakan pindaan Akta Kerja 1955 ini menzalimi pekerja, rujuk sini [Akta Kerja 1955]
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda