Syella Kamaruddin nafi kahwin dengan Musa Hassan

LAPORAN harian metro beberapa hari lalu, menamatkan kontroversi yang tercetus berhubung perkahwinan seorang artis yang didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan

"Suami saya bukan VVIP", itulah yang diluahkan oleh Syella berhubung gossip yang tercetus di internet gara-gara beliau enggan mendedahkan siapa lelaki yang dikahwininya dan didakwa menelan belanja sehingga RM15 juta.



Syella Kamaruddin, yang pernah popular suatu masa dahulu dengan lagu "menangis dalam hujan" itu bagaimanapun tetap enggan mendedahkan nama suaminya sebagai menghormati permintaan suami.

Tan Sri Musa Hassan dilihat turut menafikan gossip tersebut. Beliau berkata "jika benar perkahwinan itu menelan belanja sehingga RM15 juta, saya pun mahu miliki duit sebanyak itu" seperti yang dipetik daripada akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Difahamkan, gosip itu tercetus kerana wajah lelaki yang mengahwini Syella hampir menyamai wajah bekas ketua polis negara.

Tabahan pula gambar-gambar yang tersiar di pelbagai blog sengaja dihitamkan bahagian wajah sebagai menghormati permintaan suami Syella.

Gossip tersebut dikesan mula disiarkan di pelbagai blog-blog hiburan dan menjadi perbualan hangat di pelbagai laman sosial terutamanya Facebook.


Sumber: [Free Malays]

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan