Faekah Hussin ikut jejak langkah Taib Mahmud!

SEBELUM ini kita marah kepada Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, apabila beliau menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri untuk menghalang musuh politiknya daripada memasuki Sarawak.

Taib Mahmud yang gila kuasa itu dikritik hebat kerana menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan seorang warganegara daripada memasuki Negeri di bawah pentadbirannya.

Ya, Taib Mahmud memang melakukan kesalahan besar kerana bertindak seolah-olah Negeri Sarawak milik bapaknya. Siapa dia suka dia benarkan masuk, siapa dia tak suka dia boleh halang terutama musuh politiknya.




Kali ini Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin nampaknya mengikut jejak langkah yang dibuat oleh Taib Mahmud. Orang yang dilihat sebagai musuh politiknya dihalang pula daripada memasuki Selangor.

Apakah bila orang lain buat perkara buruk kepada kita kita boleh bantah, tapi kita boleh pula buat perkara yang sama kepada musuh kita? ReJaM tak fikir Menteri Besar Selangor bersetuju dengan tindakan ini. Jika ia benar-benar berlaku kita patut bantah!




Ingatlah, rakyat menilai. Jangan kamu ingat bila kamu berada di atas kamu boleh buat sesuka hati kamu. Negeri Selangor bukan milik kamu, ia milik rakyat.

Seekor semut pun tidak patut kita zalimi, jangan kita nafikan haknya untuk menetap dalam habitat. Apa lagi haiwan yang lebih besar dari itu contohnya bapak katak yang boleh bertukar-tukar warna.



ReJaM© "Walaupun Ibrahim katak itu orang gila, dia masih rakyat Malaysia..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan