Malaysiakini diserang penggodam!

LAMAN sesawang berita online paling berpengaruh Malaysia, malaysiakini.com nampaknya diserang lagi. Sejak semalam ReJaM© gagal mengakses laman tersebut.

Sebentar tadi, semasa cuba mengakses malaysiakini.com/bahasa untuk mendapatkan maklumat terkini berita berbahasa melayu di laman tersebut, browser yang ReJaM© gunakan memaparkan halaman amaran.



Amaran tersebut memaklumkan bahawa kemungkinan laman Malaysiakini mengandungi malware yang berbahaya kepada komputer ataupun berjaya dimanipulasi oleh penggogam.

Keadaan seperti ini biasa kita lihat dialami oleh Malaysiakini di saat menjelang pilihanraya contohnya semasa pilihanraya Sarawak sebelum ini.

Diharapkan pihak pengurusan Malaysiakini dapat segera menyelesaikan masaalah ini.

ReJaM© "Taktik kotor sudah bermula... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan