Tarian K-Pop versi PKR: penaja hantar surat mohon maaf

SEJAK semalam kecoh di internet terutama di blog-blog pro Regime Barisan Nasional berhubung isu tarian K-Pop wanita separuh bogel di program "Bertam Nite" anjuran PKR rujuk sini [Tarian separuh bogel].

Pihak penganjur telah memberi penjelasan berhubung hal ini, mereka mendakwa pihak penaja Public Pavilion Holding Sdn Bhd tidak peka kepada kehendak penganjur rujuk sini [Tarian K-POP PKR].

Hal ini benar-benar mencalarkan imej Parti Keadilan Rakyat, ReJaM© mendapat maklumat bahawa DS Anwar betul-betul marah dengan hal ini dan meminta laporan lengkap daripada penganjur program tersebut.

Penganjur difahamkan segera meminta penjelasan pihak penaja dan meminta mereka mengakui kesalahan agar tidak mencemarkan nama baik KEADILAN. Hasilnya, pihak penaja telah menghantar satu surat rasmi permohonan maaf kepada pihak penganjur.

Di bawah ini surat permohonan maaf yang dimaksudkan.



Nampaknya nama baik pihak penaja, Public Pavilion Holding Sdn Bhd sudah tercemar kerana terpaksa menanggung akibat daripada ketidakpekaan mereka. Apa pun mereka wajar dipuji kerana bersikap "gentlement" dengan pantas memohon maaf.

Apa pun perkara dah berlaku, yang salah tetap salah dan patut dikecam agar tidak berulang di lain hari. Apa yang pasti Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim dan Presiden, Dr Wan Azizah betul-betul marah dengan ketidakcekapan penganjur sehingga perkara ini boleh berlaku.

Difahamkan, pihak penganjur akan dikenakan tindakan tegas kerana memburukkan nama KEADILAN.

info lanjut rujuk sini [ASD]

ReJaM© "Janganlah ikut perangai Umno... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan