Zunar tolak pelawaan ke program kartunis bersama PM

KARTUNIS terkenal negara, Zunar yang pernah melukis di dalam majalah Gila-Gila suatu masa dahulu hari ini secara tegas menolak pelawaan ke sebuah program kartunis bersama Perdana Menteri esok.

Di laman peminatnya di Facebook, beliau mendakwa ada pihak tertentu yang disebut sebagai "datuk-datuk berkenaan" yang tidak henti-henti memujuknya ke program itu.

Bagaimanapun, beliau secara tegas menyatakan bahawa beliau memiliki harga diri dan meminta pihak yang mempelawa itu agar berhenti daripada menelefonnya.



Di laman peminat facebook beliau menulis:

"Kepada yang berkenaan, berhentilah memujuk saya kerana saya tidak akan hadir program kartunis bersama PM di Central Market esok. Saya punya harga diri. Dan kepada Datuk-datuk berkenaan, berhentilah menelefon saya, saya tak ada urusan dengan kamu semua."


Kalau dilihat, Zunar bertindak bijak dalam hal ini. Pelawaan itu mungkin merupakan satu perangkap untuk beliau.

Andai kata Zunar menyertai majlis itu barangkali gambar beliau yang terkenal dengan karya-karya yang mengkritik Najib akan dimanipulasi oleh pihak tertentu sebagai menunjukkan kononnya beliau menyokong Najib.

ReJaM© "Teruskanlah berkarya, pena mu lebih tajam daripada mata pedang "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan