Abby Abadi serah borang sertai PAS seumur hidup

PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza, Abby Abadi malam tadi menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebagai ahli Parti Islam, PAS kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Binti Abdul Manan menyerahkan borang itu di dalam sebuah program ceramah bersama Menteri Besar Kelantan, di Padang YIK Nilam Puri, Kelantan.



Nampaknya ramalan ReJaM© semalam yang menjangkakan bahawa Abby Abadi akan menyertai Parti Islam, PAS tepat dan menjadi kenyataan.




Laman Twitter Abby Abady malam tadi dihujani dengan kata-kata semangat dan ucapan tahniah daripada ratusan peminat yang mengetahui berita gembira ini.

ReJaM© "Tahniah dan selamat berjuang Abby, semoga terus istiqomah... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan