Gila! Uncle Seeker ditahan di bawah akta yang sudah mansuh

LIHAT laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik, Muhyidin Yassin kata pemansuhan Akta Hasutan bukti Barisan Nasional kotakan janji, berani, transformasi dan sebagainya [Utusan].



Namun sebenarnya Muhyiddin Yasin ni tak tahu pun apa yang dia katakan. Dia sekadar jadi burung kakak tua mengangguk pemansuhan serta-merta Akta Hasutan oleh Najib pada 11 Julai lalu.

Namun hakikatnya di hari yang sama Muhyiddin Yasin memuji diri tentang pemansuhan Akta Hasutan, Uncle Seeker dilanjutkan tahanannya di bawah akta hasutan [Sinar].

Sebelum ini beliau ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi, rujuk sini [OSA]




Sama juga kisahnya dengan setiausaha media Soladiriti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Kamarudin. Beliau turut disiasat di bawah Akta Hasutan [Sinar].



Anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana pemimpin ini menipu rakyat di depan batang hidung. Tak hairanlah 45 tahanan ISA masih dikurung dan dizalimi sehingga hari ini meskipun Najib telah mengumumkan pemansuhan ISA sebelum ini.


ReJaM© "PRU13, Rakyat harus humban pemimpin gila ini masuk ke longkang... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan