Tun Faisal bangkit semangat Dr Asri menentang Umno

BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di Twitter hari ini mengatakan bahawa Tun Faisal telah berjaya membangkitkan semangat beliau untuk menentang Umno [Twitter].



Dr Asri turut menyebut Tun Faisal yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia merangkap pengerusi Unit Media Baru Umno (cybertrooper) sebagai "Namimah" perkara yang diharamkan Allah, iaitu orang yang suka melaga-lagakan manusia.

Beliau mempersoalkan bagaimana "kaki Namimah" (Tun Faisal) ini boleh diberi kepercayaan untuk menjaga berita cyber sesebuah parti (Umno).








Difahamkan hal ini tercetus apabila Tun Faisal dilihat sengaja memulakan pergaduhan dengan memerli Dr Asri kononnya mengeluarkan fatwa menyebabkan lelaki mengamuk di JPM baru-baru ini.




Dr Asri kalau dilihat sebelum ini merupakan ilmuan agama yang tidak menyokong mana-mana parti politik meskipun kebanyakkan ilmuan agama seperti beliau cenderung menyokong Parti Islam, PAS.

Namun kini bagaikan sirih pulang ke ganggang, beliau dilihat sudah mula menentang United Malays National Organization, Umno.

ReJaM© "Terima kasih Tun Faisal... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan