Undi DAP haram dan berdosa kata pengasas pondok Geting

UTUSAN Merapu datang lagi dengan berita sampah mengarut dan tak masuk akal untuk memperbodohkan orang kampung ayam itek lembu dan kambeng.

Kali ini Utusan melaporkan fatwa baru kononnya dikeluarkan oleh pengasas Pondok Geting, Tumpat yang mengharamkan orang Islam daripada mengundi DAP.

Malah katanya orang Islam juga tidak boleh mengundi PAS, dan KEADILAN yang bekerjasama dengan DAP kerana parti itu menentang penubuhan negara Islam dan Hudud.

Tapi yang lucunya undi MCA dan MIC dibolehkan kerana mereka tidak menentang penubuhan negara Islam dan Hudud kah kah kah [Utusan].



Jika MCA dan MIC tidak menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam, apa kata Umno tubuhkan hukum hudud dan negara Islam, kerana mereka tidak mendapat tentangan daripada MCA dan MIC seperti PAS dapat tentangan daripada DAP kah kah kah.

ReJaM© malas nak cakap banyak, kalau undi DAP dan parti yang bekerjasama dengan DAP (PAS dan KEADILAN) haram dan berdosa, maknanya undi Pakatan Rakyat adalah haram dan berdosa.

Maka majlis fatwa sila keluarkan fatwa dan haramkan rakyat Malaysia beragama Islam mengundi Pakatan Rakyat kerana ia berdosa macam makan babi kah kah kah.

ReJaM© "Satu cakerawala tahu MIC dan MCA tentang Hudud kecuali pengasas Pondok Geting, Tumpat"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan