Nombor plate motorsikal samseng baling cat berjaya dicatat tapi...



BUAT kali ketiga semalam Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim disimbah dengan cat merah dipercayai dilakukan oleh samseng upahan Umno.

Kejadian ini dilaporkan berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak.

Difahamkan samseng upahan tersebut melontarkan satu tin cat berwarna merah ke arah sisi kanan bas Merdeka Rakyat. Bahan kes iaitu berupa tin cat yang masih memiliki sisa cat merah turut ditemui.



Saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian berjaya mencatat nombor pendaftaran motorsikal samseng tersebut di tapak tangannya. Menurut saksi samseng tersebut menunggang motorsikal MAL 7425.



Bagaimanapun, jurugambar akhbar Suara Keadilan, Kak Yus memaklumkan bahawa Polis mendakwa bahawa nombor pendaftaran tersebut adalah palsu.




ReJaM© "Baling cat depan mata tak tangkap, apa lagi macam ni? "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan