Ahli Parlimen BN Sabak Bernam dipenjara 6 tahun dan denda RM400,000

MAHKAMAH di Shah Alam hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen BN Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pegawai khasnya.

Ini bermakna hukuman penjara selama 6 tahun serta denda sebanyak RM400,000 yang dijatuhkan ke atas beliau dan pembantunya pada 1 Mac lalu kekal.



Ahli Parlimen Barisan Nasional itu sebelum ini disahkan bersalah oleh mahkamah atas kesalahan membuat 8 tuntutan palsu sebanyak RM80,000 empat tahun lepas. Program tak buat tapi mohon duit "claim".

Hakim juga menolak rayuan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara. Ini bermakna bermula malam ini, dia akan tidur di penjara bersama pegawai khasnya.

Difahamkan Ahli Parlimen BN itu melakukan aktiviti mencuri wang rakyat ketika bertugas sebagai Adun Sungai Tawar manakala pembantunya pula turut bersubahat.

Hakim mendapati wang yang diterima tidak digunakan untuk program-program seperti dalam tuntutan, sebaliknya untuk kegunaan sendiri.

ReJaM "Ini anak bilis je ni, bapak jerung tengah makan kacang sambil tengok TV kah kah kah"

Sent from my BlackBerry®

5 Comments

  1. Yea yeah..aku org 1st komen..rasa suam la kt cni..ermmm

    ReplyDelete
  2. Dah wat salah pun leh senyum lagi? Natang sungguh!

    ReplyDelete
  3. Senyum dalam tangisan...kueng3x

    ReplyDelete
  4. Pengesahan yg terang jelas pemimpin umno melahap duit haram, ahli umno tak faham2 ker.,sedih3

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya hukuman itu merupakan kifarah dan muhasabah diri buat MP tersebut dan juga amaran pada kuncu2 yg lain supaya berpegang kepada amanah yang dipikul dibahu kerana bukan sahaja disoal di dunia tapi yg penting di akhirat nanti..Wallahuallam

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan