Isu jual aset PKNS, kerajaan Selangor saman Utusan Malaysia

DAKWAAN kononnya Kerajaan Negeri Selangor menjual aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS terus berlarutan meskipun sudah dijelaskan bahawa PKNS hanya memindahkan aset-aset yang didakwa kepada anak syarikatnya sahaja.

Sebelum ini, MiLo SuaM juga pernah mendedahkan kejahilan Menteri Asas Tani, Noh Omar yang juga merupakan Timbalan Perhubungan Umno Selangor, apabila beliau dilihat tidak tahu apa yang dicakapkan berhubung isu ini rujuk sini [Noh Omar]

Gara-gara media milik Umno dan Barisan Nasional terus menerus memainkan isu ini meskipun telah dijelaskan berulang kali bahawa tiada aset PKNS yang dijual, Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengambil keputusan untuk menyaman akhbar milik Umno, Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan).

Tindakan undang-undang diambil terhadap Utusan Malaysia kerana mengeluarkan sebuah artikel fitnah yang dilihat cuba melaga-lagakan Kerajaan Negeri Selangor, dengan Sultan Selangor. Berikut artikel yang dimaksudkan [Utusan].



Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

“Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

ReJaM© "Utusan Syaitan sanggup kena saman asalkan propaganda mereka berjaya bodohkan orang kampung... "

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan