Kenaikkan harga gula kurangkan pesakit kencing manis di Kelantan

TEMPOH hari Perdana Menteri, Najib Razak menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia apabila mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilo di dalam belanjawan 2013 dengan alasan kerana ramai pesakit diabetes (kencing manis) rujuk sini [Bajet 2013].

Namun apa yang memeranjatkan, Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan "Tok Pa" mengulangi alasan itu apabila diminta mengulas tentang kenaikkan harga gula.

Bezanya Tok Pa tambah sikit, kenaikan harga gula akan mengurangkan bilangan pesakit kencing manis dalam kalangan penduduk di Kelantan [Sinar].



Benarlah kata orang pemimpin Barisan Nasional ni macam burung kakak tua, apa sahaja yang dikatakan oleh presiden parti, dia pakat ulang dan tiru. Apa sahaja yang disuruh oleh Najib mereka pakat setuju dan angguk macam burung belatuk.

Sudah dua hari Najib Razak menjadi bahan gelak ketawa kerana alasan dangkalnya, Tok Pa masih tetap keluarkan alasan yang sama. Macamlah rakyat Kelantan tu semuanya senang ditipu macam budak sekolah tadika.

ReJaM© "Najib Razak masuk longkang, Tok Pa menyelam dalam longkang... "
Previous Post Next Post

iklan