Warga tua umur 122 tahun dikesan dalam daftar undi SPR

RASANYA berita ini bukan lagi berita pelik atau mengejutkan kepada kita. Sebelum ini pun sudah terlalu banyak tembelang dalam pengkalan data Suruhanjaya Pilihanraya, SPR didedahkan.

Terbaru, hasil tinjauan di laman sesawang rasmi SPR menemukan seorang warga tua didaftarkan sebagai pemilih yang sah berumur lebih 122 tahun.

Tarikh lahir warga tua tersebut seperti yang tersiar dalam laman sesawang rasmi SPR adalah pada 6 Febuari 1890, iaitu sebelum perang dunia pertama lagi.



Sila ke laman sesawang rasmi SPR, rujuk sini [SPR] dan masukkan no kad pengenalan 900206740068 untuk mengesahkan sendiri maklumat ini.

Warga tua ini patut dinobatkan sebagai wanita paling tua di dunia.


Sent from my BlackBerry®

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan