Kontraktor AES menyamar jadi JPJ, laporan polis dibuat

BARANGKALI anda pernah melihat kenderaan berwarna jingga dengan logo Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ ini di jalan-jalan dan lebuhraya di seluruh Malaysia. ReJaM© sendiri pun tertipu menyangka kenderaan ini adalah kenderaan rasmi JPJ.

Buat pengetahuan anda, ini sebenarnya kenderaan kontraktor perompak rakyat yang terlibat di dalam melaksanakan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) melalui kamera-kamera automatik yang dipasang di tepi-tepi jalan.



Bagaimanapun, hari ini Ahli Parlimen Parti Islam, PAS saudara Mahfuz Omar telah membuat laporan polis berhubung penyamaran ini. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebentar tadi.

Mereka membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya menggunakan warna dan logo JPJ.

Di bawah ini salah satu gambar bukti penyamaran kontraktor AES yang berjaya dirakamkan dan dijadikan bukti untuk laporan Polis.


Sudahlah rompak duit rakyat, menyamar pula seperti pihak berkuasa JPJ, betul-betul ikut perangai syaitan yang dikenali.

ReJaM© "6 hari lagi anak muda akan tumbangkan semua kamera AES seluruh Selangor! "

11 Comments

  1. Ini lah salah satu syarikat perompak wang rakyat kroni UMNO yg di berikan lesen oleh kerajaan Umat Melayu Naif Otak nya kroni Be End.
    Ye 6 hari lgi warga Selangor akn mengamuk utk menubangkan tiang2 kameera AES yg bak rumah burong hantu tu! aku pun dh tak sabo2 nk tumpang semangkuk hayun... hehehe
    Spesis Umat Melayu Naif Otak nya....sediakanlah JATI, PERKASA & PUKIDA mu tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu kau x buat salah aes tu saman ke ngok? gaya kau maki hamun mcm bagus sgt!! umno mmg bodoh bina skola bagai utk manusia yg kenang budi cm ko ni

      Delete
    2. *tak kenang budi!!!

      Delete
  2. Suka hati kau lah , negeri selangor negeri kau .

    ReplyDelete
  3. Mari ramai2 pencacai melayu kita bangkit berani mati utk tumbangkan tiang AES..benda ni boleh buatkn kita acc kat jalan raya..ayuhh semua!! Ini arahan abg ronnie liu kita buat je jangan bantah..makan minum pandai nk hidup..ayuhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih. .Kih..tin milo jgn lupa kita gerakan sekali!!!

      Delete
  4. Sy sebagai staff jpj pn rasa marah kpd syarikat yg gunekan lambang dan warna kend penguatkuasa jpj ni.. ini salah disisi undang2.. salah gune kuasa... Walupn die syarikat service aes, die tidak blh sesuka hati menggunakan kend ber identiti penguatkuasa jpj..

    ReplyDelete
  5. Jangan kau makan kemera aes tu cukop......kih kih kih

    ReplyDelete
  6. BN nak sgt hukum rakyat dgn AES. PR peluang suara kan hukum hudud baru adil apa... siang2 puak kroni BN tolak hukum hudud. takut ke? nati ahkirat nati kena jugak sesapa buat dosa nye... so BN jgn la poyo didunia ni mcm selamat!!! tunggu je pmbalasan dr maha Esa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg x jujur bercakap mcm ko ni x dapat balasan ke nnti..perghh daa..

      Delete
  7. Kita mahu hukom hudud islam ....tetapi kita tidak mahu hudud pas ! sama tetapi tidak serupa !

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan