Samseng upahan bersenjatakan parang ditahan dalam ceramah Merdeka Rakyat

SEBELUM ini kita pernah dedahkan bagaimana seorang samseng yang cuba mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi berjaya ditangkap rujuk sini [samseng upahan].

Maklumat daripada petugas yang terlibat menjayakan program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam pada 1 November lalu mendedahkan satu kejadian tangkapan seorang samseng upahan yang cuba mengganggu program Jelajah Merdeka Rakyat tersebut.

Menurut petugas, samseng upahan dengan gaya Mat Rempit yang bersenjatakan parang di pinggangnya itu dipercayai telah diupah untuk membaling cat pada Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaikki oleh Anwar Ibrahim.



Bagaimanapun, samseng itu berjaya ditahan sebelum dia berjaya melakukan perkara buruk. Parang miliknya telah dirampas, selain itu penduduk tempatan mengesahkan sangat mengenali pemuda ini yang merupakan penyokong kuat Umno.

Lihat sendiri rakaman video di bawah kejadian saat samseng upahan ini ditahan oleh para petugas ketika Anwar Ibrahim sedang berucap dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam tempoh hari.


Ada penduduk Sabak Bernam di sini? Jika ada mungkin korang kenal dengan samseng yang dipaparkan dalam video di atas. Bolehlah tanya dia berapa banyak upah yang dia ambil daripada Umno untuk mengganggu ceramah Anwar Ibrahim.


ReJaM© "Politik samseng dan Umno bagaikan tahi dan kentut... "

4 Comments

  1. Penasihat umno adalah apco..sbb tu diorg upah samseng kacau program PR..sama la mcm zionis serang rakyat dan pemimpin hamas skg..mati hidup balik pun aku x kn pangkah umno..letak shot gun dkt kepala aku pun aku x berganjak..undi aku ttp pada PR...

    ReplyDelete
  2. Samseng mabok yang terbalikkan kereta polis semasa himpunan kotor dulu dari mana datangnya,,,,hehehehe

    ReplyDelete
  3. Samseng mabok....kih kih kih. tak pe.tak pe....ada kerja kosong belom diisi...kalau nak kerja datanglah ke BN YOUTH FAIR 2012 bertempat didewan tun razak 1 pwtc kl pada 16 hingga 18 november 2012 dari pukol 10 pagi hingga 8 malam.....ada 30,000 peluang pekerjaan yang perlu diisi ....dari jadi samseng mabok tu lebih baik minta kerja dekat sini .

    ReplyDelete
  4. Asyik asyik apco , apco , apco ....hoi bebal jom cari kerja !

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan