Panas! Anak perempuan Abby Abadi pun cukur kening juga?

KALAU anda sahabat pembaca mengikuti twitter pelakon gerak khas, Inspektor Aliza tentu sedia maklum dengan serangan cybertrooper Umno terhadap beliau. Mereka tak habis-habis mempersoalkan perihal kening pelakon itu.

Kononnya meskipun sudah bersama Parti Islam, PAS, Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur kening. Walaupun sudah dijawab berulang kali, namun isu kening ini tetap menjadi modal cybertrooper Umno untuk menyerang Abby.

Sebelum ini MiLo Suam pernah menyiarkan artikel tentang hal ini rujuk sini [Abby Abadi cukur kening].

Namun sehingga ke hari ini, Abby Abadi masih terpaksa menjawab isu kening ini berulang kali kerana serangan tersebut tetap diteruskan untuk memberikan persepsi buruk terhadap beliau oleh Cybertrooper Umno.

Terbaru, Abby terpaksa menunjukkan gambar kening anak perempuan beliau untuk menjawab serangan berulang-ulang ini. Anda perhatikan sendiri bagaimana kening anaknya juga kelihatan seperti dicukur kerana tampak tinggi dan halus. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kening anak Abby sama seperti kening ibunya.

Perhatikan juga bulu-bulu halus di kening Abby seperti yang pernah ditunjukkan dalam artikel sebelum ini. Ini menunjukkan beliau tidak lagi mencukur kening. Kalau betul Abby masih mencukur kening apa kejadah biarkan bulu-bulu halus berselirat di keningnya?



Sampai bilakah isu kening ini akan terus digunakan oleh Cybertrooper Umno untuk menyerang Abby Abadi? Mungkin sehingga Ustazah Umno, Datuk Mashitah Ibrahim berhenti mencukur kening.

ReJaM© "Tunggu Lady Gajah berhenti baham duit rakyat? "

Sumber gambar: Twitter

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan