Warga akademik dihalang suarakan pendapat di Facebook dan Twitter

TIDAK dapat dinafikan, kuasa media baru terutama media sosial seperti Facebook dan Twitter begitu berpengaruh, mudah, cepat dan berkesan di dalam menyampaikan mesej, pandangan mahupun kritikan yang ditutup oleh media-media penguasa seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Menyedari hal itu, satu tindakan terdesak telah diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyekat warga akademik daripada melontarkan pandangan di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter agar mengikut acuan dan kehendak penguasa.

Kebebasan warga akademik di dalam melontarkan pandangan melalui laman-laman sosial milik peribadi dibelenggu melalui satu surat berbaur ugutan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Lihat gambar di bawah.



Anda lihat dengan mata kepala anda sendiri, nak tulis pandangan di laman sosial peribadi sendiri pun mereka mahu pantau. Inilah namanya kebebasan bersuara ala United Malays No Otak, Umno.

Warga akademik bukan seperti kutu berahak, dan kutu rayau mahupun orang tepi jalan yang tidak punya pelajaran. Mereka ini memiliki buah fikiran yang berharga di dalam tengkorak kepala mereka.

Buah fikiran berharga ini perlu disampaikan kepada masyarakat untuk kebaikkan bersama. Mereka bukan golongan yang tidak tahu apa yang dicakapkan. Mereka bukan golongan bodoh sombong.

Malah mengutarakan pandangan melalui laman sosial juga menjadi satu cara sihat di samping mengamalkan ilmu seperti yang dianjurkan oleh Islam. Namun perkasa asas yang boleh dikira sebagai hak asasi ini pun mahu disekat.

Kalau nak tulis ulasan dan pandangan di facebook dan twitter pun mereka mahu pantau, ternyata ini satu tindakan terdesak menyekat kebebasan bersuara. Ini tandanya United Malays No Otak, Umno sudah menggeletar takut kehilangan kuasa, dan takut dengan bayang-bayang sendiri.

ReJaM© "Silakan berkubur wahai United Malays No Otak... "

15 Comments

  1. dah demo kerje kerajae kena ikutlah... terjun sungai terjunlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo.....kena ikut klu betol.....ini tak betol...kpt byr ke diorang punya acc fb?

      Delete
    2. Selamat menempuh 2013 tahun kebinasaan umno & keruntuhan kerajaan BN.
      Yes! Year 2013 UMNO Be End. khalass..
      Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan!
      Jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka!
      Kita realisasikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
      umno be end usah pekak badak!!!

      Delete
    3. jangan pergi himpunan rakyat itu , tak ada faedahnya , ia akan melahirkan ramai teroris macam osama , jangan dengar cakap osama itu !

      Delete
  2. Dah makan gaji dengan kerajaan bn , kasi anak bini mentedarah memang kena ikutlah , kalau tak suka dipersilakan letak jawatan , ramai lagi anak bangsa yang memerlukan pekerjaan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonggok...kera jaan bee end menguruskan perbelanjaan negara aje.....duit yg masuk keperbendaharaan adalah duit dri cukai rakyat....benda asas pon susah nak faham ke........

      Delete
    2. Klu pas perintah ko nak kejer ker ngan kerajaan pas atau ko nak letak jawatan?

      Delete
  3. Duit krjn tuh sape yg bagi tiap2 hari masuk kantung Perbendahraan? Org2 umno/bn je ke yg keje bina negara ni? Pikir luar kotak sikit la...mereka bekerja/digaji/diamanahkn olh semua rkyat....

    ReplyDelete
  4. Ntah...dh klo esk luse kerajaan brtukar, sme jgk...org bn plak yg mkn duit pakatan rakyat bg anak bini mkn...dh mmg 2 tggjwb kerajaan...bknnye kerajaan bg duit poket die byr gaji pnjawat awam...duit rakyat jgk...

    ReplyDelete
  5. Agaknya anonymous 3:34 pm igt bahawa gaji penjawat awam ni drpd kocek najib kot. Dia pun lupa duit dalam kocek najib tu siapa yg beri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah bapak pok jib kot...hi....lol bt tolol

      Delete
  6. kuba la abis kero jaan bulih piytih mana... kena ingatbukan. dok suke kerojaan ytapi dok suka org yg dok campur tu... bengong

    ReplyDelete
  7. Bole kuburkn umno tp umno nk mntk kubur yg besar kt gua musang..bole bg ke? Kehkeh

    ReplyDelete
  8. Abis..gaji nike aziz pakai duit sapa, takan pakai duit komisen tanah gua musang kot..
    Untung lh dia gaji rakyat bg..lps tu collection tin milo lg..mSyukkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni dah rosak..elok2 lah bertaubat...aku xnak ko jadi ahli neraka...fikir dulu sebelum mengomen..

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan