Tumpu Perkukuh Demokrasi Parlimen Sebelum Bentuk Kabinet Bayangan

Kenyataan Terbuka
9 September 2013

Tumpu Perkukuh Demokrasi Parlimen Sebelum Bentuk Kabinet Bayangan

Sekali lagi polimik kabinet bayangan diperkatakan, kali ini ia dimulakan dengan cetusan oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam kenyataan terbukanya Sabtu lalu. Cadangan menjelmakan kabinet bayangan dari kalangan Pakatan Rakyat ini pula disambut segera oleh Khairy Jamaluddin umpama Datuk Lee Chong Wei melakukan 'smash' bola tanggung di hadapan net.

Perlu diingat bahawa kabinet bayangan bukan sekadar senarai calon siapa nak jadi bakal menteri. Kabinet bayangan ialah senarai kumpulan atau individu ahli parlimen atau siapa sahaja yang dinamakan oleh parti pembangkang bagi menangani isu berdasarkan kementerian atau segmentasi.

Persoalan paling utama di Malaysia ialah kabinet bayangan di malaysia tidak akan berfungsi kerana demokrasi dan sistem berparlimen Malaysia tidak berjalan dengan baik. Sebagai contoh, jika kita meletakkan seorang atau sekumpulan sebagai pemantau perihal ekonomi, dan mereka mahu mengeluarkan cadangan balas berkaitan TPPA pasti gagal kerana semua rundingan mengenai TPPA dirahsiakan. Malah jika perjanjian itu ditandatangani pun hanya selepas beberapa tahun kemudian baru boleh perjanjian itu diketahui.

Perjanjian TPPA bukan sahaja menjadi rahsia kepada kabinet bayangan malah ahli parlimen kerajaan sendiri tidak memiliki butiran rundingan. Maka apakah ertinya kabinet bayangan tanpa ruang akses maklumat? Lagi contoh, jika PR bentuk kabinet bayangan untuk Kementerian Pertahanan maka adakah PR mampu memperolehi butiran pembelian senjata?

Maka sesiapa yang mahu bercakap soal kabinet bayangan harus memahami asas kewujudan kabinet bayangan itu dahulu. Jika tidak ia akan dilihat lebih kepada 'test market' untuk ketahui di mana kedudukan diri dalam kabinet tersebut, atau sebenarnya telah sebabkan pasukan sendiri terjerumus ke dalam perangkap musuh secara tidak sedar, memberi ruang kepada musuh untuk kucar-kacirkan kesepakatan.

Kepada dua ketua pemuda dari PAS dan umno ini, adalah lebih baik kiranya kita selaku anak muda memikirkan bagaimana memperkukuhkan sistem dua parti, membuka ruang demokrasi ke arah mempertingkatkan penglihatan rakyat dalam sistem demokrasi, memperkukuh integriti sistem negara. SAMM sedia menyertai perbincangan tersebut.

SAMM percaya Khairy Jamaluddin faham dan mampu melakukan ke arah itu namun kadang-kala dia juga tidak terlepas dari terperangkap dengan kenakalan pemain politik.

Kabinet bayangan bukan seperti permainan kad untuk tonjol kad siapa paling kuat, tetapi semangatnya lebih kepada timbang-tara (check and balance). Ia harus juga disuburkan dengan ruang demokrasi perdebatan terbuka demi mencari pendekatan terbaik buat tanahair. 

Dalam masa yang sama, Khairy juga harus menjadi penggalak ke arah pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dan ketua pembangkang negara, samada untuk dialog atau aksi debat, yang penting rakyat menilai.

CHE'GUBARD
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

16 Comments

  1. kabinet bayangan hanya gurauan politik ahli umno dikedai kopi..! potong hujong kuku jari saya sekiranya dapat menubohkan kabinet bayangan , pas , pkr dap , tidor satu bantal mimpi lain lain , tak layak nak buat kabibet bayangan ...

    ReplyDelete
  2. anwar ibrahim itu disekolahkan semula , jangan cerita kabinet bayangan nanti buat malu dengan orang kampong !

    ReplyDelete
  3. rasa x perlu kot kabinet bayangan memang dah kalah huhuhu dah kalah buat cara kalah

    ReplyDelete
  4. anwar ckp takpe la x dpt jadi PM betul2 pun bagi la saya jadi PM bayang-bayang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketua pemuda PAS teringan nak jadi menteri belia dan sukan bayang-bayang hehehe dgn pantas chegubard ckp mana boleh aku penat guling2 patut aku la menteri belia dan sukan bayang-bayang last2 tu yg x berani nak wat kabinet bayang-bayang

      crite pasal bayang-bayang mana husam x nmpk bayang pun huhuhu

      Delete
    2. Eleh tgk cara tulis dah tahu orang sama just nak buat ramai...

      Hahahaha

      Kebinet bayangan tu umno yang reka...

      Tapi yang tak bertanding dapat jawatan setaraf mentri dari mana datang pembayangan tu...

      Sila jawab macai setia...

      Delete
  5. Macai suka buat ramai hahaha ubah cara gelak sikit dari hehehe ku huhuhu

    Kelakar lah....

    Bukan aku pernah sound ke kau dulu komen and lepas tu siap konon lagi satu macai bersetuju...

    Kelakar lah kau ni...

    Mesti bayar ada masyuk punya ni hahahaha

    ReplyDelete
  6. kabinet bayangan konon , sesama sendiri pon tak bersatu hati , cuba tengok kabinet bn , ambil sebagai contoh , mantap dan kuat tak banyak songeh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sebab tu mca tak nak...

      Dah tu ada jawatan setaraf menteri dan lantik anak sendiri...

      Mantap gila hahaha

      Eh now hindraf dah bersama bnkan

      Komen sikit???

      Delete
    2. Sapa yg pm nak lantik...itu hak dia yg penting dpt keja utk rakyat..
      Jgn mcm mat jobo...sana sini buat janji nak letak yb2 pr jadi mb n pak menteri tapi hanya sekadar janji...
      Mat jobo nak dijadikan pm tapi kuasa penuh adlh dapig....semua dapig yg berkuasa....pgayr cuma anjeng setia dapig....

      Delete
    3. Ye lah cai what ever

      Delete
  7. Rasa aku....mat jobo akan lantik armpitgay jadi menteri lgbt pertama dlm kabinet bayang2.....bayang2 hihihihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu aja ke???

      Aku yakin dari bakat kau ni kau mampu..
      Mencarut dengan lebih mantap lagi...

      Bukti umno mampu com on

      Delete
    2. X per laaa.dia nk bawak carut lucah tuh ke lubamg kubur kot?bwaklah bnyak mana pon.x der org nk dengki.lubang kubur adalah tempat yg menentukan masa dpn seseorg.bjaya disitu,bjayalah seterusnya.x kira anwar or najib or hj hadi or obama or imam masjidil haram mekah.bergantung pada amalan individu tersebut.

      Delete
  8. menteri umno lglah bangang,ayam dh mahal kata jgn mkn ayam,beli ikan.tanamsayur kt rumah,letrik dh naik,suruh pakai lilin,gas masak naik,suruh guna kayu api.minyak dh naik,suruh pakai air ke...inilah bahana dpt menteri sewel...

    ReplyDelete
  9. Hahaha kimak. Mmg bahana siot

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan