#RPDM31D: Himpunan Paling Istimewa Dalam Sejarah (episod 1)

Tulisan Santai
31 Disember 2013

#RPDM31D: Himpunan Paling Istimewa Dalam Sejarah 
(episod satu daripada dua)

Saya telah menulis mengenai mengapa kita perlu bangkit melawan, respon daripada laporan Sinar Harian pada 3 minggu yang lalu. Di akhir tulisan tersebut, saya mengajak anak muda bangkit dan lawan. Bila nak lawan? 31 Disember adalam masanya. Lawan bukan bererti cipta kekecohan, lawan beerti mencipta sejarah, berhimpun dan berprotes secara aman di dalam kompartment Dataran Merdeka, sesuatu yang tidak pernah berlaku pada pasca reformasi 1998. 

Justeru sempena Gerakan 31 Disember ini berlangsung, saya tidak bercadang untuk menulis perkara yang sama, tetapi ingin saya ceritakan betapa istimewanya himpunan Protes Ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka yang akan bermula jam 10 malam ini, berbanding himpunan lain sebelumnya. 

Saya pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa himpunan besar sebelum ini, termasuk Bersih 2, Bersih 3, Janji Demokrasi, HKR112 dan juga siri Black505. Namun tidak ada yang lebih baik dari apa yang saya lalui ketika mempromosikan #RPDM31D atau himpunan TURUN.

Ketika bersih 2 pada Julai 2011, himpunan ini dianjur oleh gagasan NGO Bersih. Ia dipromosikan dalam keadaan yang sangat tersusun, dengan cabaran yang sangat keras dari pihak polis. Ketika ini, Khalid Abu Bakar sebagai chef de Mission pasukan polis kerana IGP tidak sehat. 

Memang keras provokasinya, sesiapa yang memakai baju kuning akan ditangkap walaupun beberapa hari sebelum himpunan bermula. Sehingga pada hari kejadian, kotaraya Kuala Lumpur menjadi ghost town sejak pagi. Tiada kenderaan lalu lalang di Jalan TAR dan Jalan Raja Laut, anda boleh baring di situ jika mahu.

Sasaran himpunan ketika itu ialah berhimpun di Stadium Merdeka. Tetapi ia langsung tidak dibenarkan. Kawat berduri mengelilingi jalan masuk ke stadium merdeka. Lokasi yang menghimpun paling ramai ketika itu ialah di depan Dataran Maybank, di sini perlawanan Bersih 2 bermula. Pertempuran di depan puduraya berlaku, sehingga crowd besar terpecah dua. Akhirnya crowd ini bergabung semula di Jalan Silang, bergerak menuju ke KLCC dan berakhir di sana dengan satu kematian. Alfatehah buat saudara pejuang Arwah Baharuddin.

Kemudian tahun 2012, sekali lagi rakyat berhimpun dalam aksi Bersih 3.0. Kita berhimpun dengan harapan pilihanraya umum ke-13 dilaksanakan dengan bersih dan adil. Ada 8 tuntutan Bersih 3.0, antaranya ialah mendesak penggunaan dakwat kekal. Ya sudah tentu dakwat kekal yang kekal, bukan dakwat kekal yang tidak kekal.

Himpunan Bersih 3.0 menyasarkan Dataran Merdeka sebagai lokasi protes 'duduk dan bantah'. Pada waktu ini, terlihat kegentaran pemerintah apabila mengusulkan Stadium Merdeka sebagai alternatif tempat berhimpun, padahal kami sudah minta pada Bersih 2 yang lalu namun tidak dilayan. Ketika Dataran Merdeka jadi pilihan, mereka bagi pula stadium yang dulu dikeliling dengan kawat berduri. Kami katakan, sorry.

Himpunan bermula dengan aman, walaupun tidak tenang apabila ribuan telah memenuhi perkarangan Dataran Merdeka sejak pagi. 

Hebatnya himpunan ini, ramainya manusia, banyaknya rakyat. Sepanjang jalan Tun Perak, jalan TAR dan jalan Tun HS Lee, jalan Raja Laut dan Jalan Kuching dipenuhi lebih 200 ribu peserta demonstrasi. Kita dapat lihat bandaraya Kuala Lumpur berjaya dikuningkan pada tanggal 28 April 2013. Mereka ingin masuk ke Dataran Merdeka. Bagi mereka, dataran ini adalah milik rakyat dan ia perlu dimerdekakan.

Akhirnya, pada jam 3.13pm, telah meletus pertempuran dengan pihak FRU. Ketika itu seharusnya Dataran Merdeka dibenarkan masuk kerana ratusan ribu sedang bersesak di tengah beberapa batang jalan. Ramai yang cedera apabila ratusan canister pemedih mata jatuh dari langit. Rakyat bagaikan serangga yang disembur racun oleh pemerintah. Tidak cukup dengan itu, pihak polis umpama gangster memukul sesiapa sahaja yang berjaya dicekup. Mereka yang dipukul itu bukan pencuri, tetapi rakyat yang memegang hak berhimpun secara aman. Klip video dan gambar menjadi saksi bersejarah.

Himpunan berakhir dengan tangkapan yang besar pada jam 7 petang. Malah ada yang dipukul ketika azan berkumandang setelah berlindung di masjid. Samada ini tindakan ala-zionis atau tidak, anda nilaikan sendiri. Saya sempat melarikan diri tetapi ramai komrad SAMM diberkas, dipijak dan dibelasah, termasuklah che'GuBard sendiri. 

Pihak polis tidak mahu himpunan berlarutan di sebelah malam, kerana itu operasi tangkapan paling besar dan 'bergaya' berlangsung di hujung senja. Saya yakin himpunan pada sebelah malam akan beri kelebihan kepada demonstran manakala pihak berkuasa pula akan hilang separuh dari penglihatan umumnya (pandangan dari heli dan menara). 

Seterusnya, himpunan Janji Demokrasi atau turut dikenali sebagai Janji Bersih pada tanggal 30 Ogos 2012. Buat pertama kali himpunan berlangsung pada sebelah malam, ideanya ialah kita sambut ambang merdeka dengan protes rakyat meminta tuntutan bersih dilaksana. Janji Demokrasi hanya dipromosi dalam media sosial sahaja tetapi berjaya menghimpun lebih 20 ribu rakyat berbaju kuning di perkarangan Dataran Merdeka. 

Ketika itu, kita cukup kekuatan dan boleh saja rempuh masuk ke Dataran Merdeka yang penuh dengan persiapan sambutan kemerdekaan di sebelah paginya. Tapi rakyat masih punya kesabaran, dan sebenarnya sebab belum ditipu dalam PRU. Himpunan bersurai selepas disambut secara simbolik di Dataran DBKL. Seronoknya himpunan malam, sejuk dan cukup bertenaga. Tiada gangguan dari pihak berkuasa. Janji Demokrasi membuktikan sesuatu - himpunan aman jika polis beri kerjasama dan tidak ganggu.

Masuk tahun 2013, tahun pilihanraya. Untuk tempuh pilihanraya, kekuatan rakyat harus ditonjolkan. Maka Himpunan Kebangkitan Rakyat disusun selama hampir 3 bulan lamanya. Himpunan ini disusun hampir sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Seperti himpunan Bersih, SAMM bantu mobilisasi dengan sebuah roadshow dengan pakej 13 lokasi di seluruh negara, bermula dua minggu sebelum hari besar. Saya mengambil peluang berucap di atas pentas roadshow ini di setiap negeri yang dijayakan oleh SAMM dan rakan sekutu.

HKR112 atau KL112 ini berakhir dengan Stadium Merdeka dipenuhi dan kebajiran penyokong melimpah hingga ke jalan Maharajalela. Tidak banyak yang boleh diceritakan dalam himpunan ini. Tiada perlawanan, polis beri laluan. Himpunan tunjuk kekuatan ini juga ada permit.

Akhirnya, tanggal 5 Mei 2013, Pakatan Rakyat tumbang di PRU-13 akibat penipuan pilihanraya yang melampau. Maka bermulalah siri himpunan Blackout, himpunan suara rakyat di amcorp mall dan #RPDM31D.

Bersambung...

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM

17 Comments

  1. Hang ni syok sendiri....

    ReplyDelete
  2. Kesian ko....macai je mcm tenggiling guling2 atas jln. Bos korang kenyang.....kaya raya.........fikir sikit bro. Mari kita berusaha cari rezeki yg halal dan berkat. Dunia ni dah tua sangat. Paksi bumi dah tak stabil....perbanyak ibadah dan zikir. Usah lah berangan nak jd pemerintah. Pemerintah ni byk tggjawab dan akn ditanya satu persatu apa yg telah mereka lakukan. Kemewahn duniawi tiada erti bro. Biar mereka jwb hal pemerintah. Kita jwb hal diri sendiri cukuplah.....btl tak bro....

    ReplyDelete
  3. dudok rumah lagi baik , atau bawak anak bini pergi makan diluar , gaji dah keluar hujong bulan ni, tak main la demo demo ni macam budak kecik aje ..

    ReplyDelete
  4. dudok rumah lagi baik , atau bawak anak bini pergi makan diluar , gaji dah keluar hujong bulan ni, tak main la demo demo ni macam budak kecik aje ..

    ReplyDelete
  5. dudok rumah lagi baik , atau bawak anak bini pergi makan diluar , gaji dah keluar hujong bulan ni, tak main la demo demo ni macam budak kecik aje ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Korg kt ats ni ckp jenis ckp x pk kot...mereka ni bt bkn utk kepentingn mereka sendiri...ap yg mereka bt skrg ni adlh utk rakyat tmasuk korg...korg mgkin xpernah rs susah...mgkin gaji ribu2...pk la keperitn org lain yg lg sush dr korg...bila ckp blagak marah..bila ckp bodoh melenting..hakikatnya siapa yg telingkupkn siapa...siapa yg mundurkn melayu klu bkn melayu...pk la sebaik2...mereka p sana bkn utk cari sakit...mereka bt ni utk ms dpn ank cucu kita...malaysia ni dh jd negara asing utk org melayu...salah sape?sape pemerintah?lu pk la sendiri.....

    ReplyDelete
  7. Yes! Mereka berada d comfort zon hingga sanggup terima saja kezaliman & penyelewengn pemerintah. Berjawablah anda d akhirat kelak tatkala Tuhan bertanya adakah pemimpin yg kamu pilih adalah adil & menurut perintahNYA. Wallahua'lam. Tepuk dada tanya iman

    ReplyDelete
  8. Samm pergerakan pemuda bodoh.. Tonggong.. Dari dok demo baik p cari keja or belajar pandai2.. Cgpa takat 2.5 bawah nak gaji ribu raban x dpt la. Org gaji ribu raban walaupun tak ngaji tinggi pasal usaha gigih.. Bukan ajak budak2 bodo p demo.. Bodo sokmo. Pilihanraya menipu tapi bukti satu pon tak kukuh.. Geng2 agen tempat ngundi wakil pembangkang xda pon merungut/mroyan kata tipu, tapi yg dok meroyan kata tipu geng Samm n AI jer.. Comfort zone.. X comfort jugak la bro.. Tapi bersyukur dengan pemberianNya. Dapat skit buat cara skit, dapat byk simpan skit.. Gajet2 yg tak perlu xyah la beli.. Xpayah la nak kejor2 beli keta ker nak saing ngan jiran ke adik beradik ker, kalau beli pon pikior dulu keta yg sesuai dengan poket, jgn men beli ja.. Jadilah pemuda yg berfikiran positif n rasional. Aku tgk yg p demo tu ramai yg boncit2, yg obes2, habis zalim lagu mana kerajaan ni sampai memboroi rakyatnya.. Hahaha.. Bodo pny samm si edy tu pon article tulis pakai lutut..

    ReplyDelete
  9. Mlm tahun baru bnyak konsert peluang tuk maksiat juga boleh berlaku....konsert disalahkn pnyebab pesta maksiat....adakah dengan byknya hotel bajet yg diluluskn oleh kerajaan selangor menggalakn maksiat juga...

    ReplyDelete
  10. Sokong semua turun ...ptptn percuma...tp kenapa aku kena bayar yayasan selangor pinjaman belajar...kenapa x bg percuma atau hapuskn bayaran balik...ke kerajaan negeri takut hilang punca pendapatan...sy syg pakatann....yehhhhh

    ReplyDelete
  11. Kerajaan negeri selangor dijangka akan menaikkan cukai pintu bg semua daerah...bila...tunggu dan lihat...klo kita ikhlas nk berjuang harga x naik...bila selangor naikkan cukai minta yg dtg ramai2 ni bantah sekali....

    ReplyDelete
  12. Yang komen2 kat atas tu macai ha ha . . Brg naik pun sokong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je termampu nak komen...cuba komen pasal hotel..ptptn n cukai ( ulasan 3 terakhir sblm ulasan anda )

      Delete
  13. Kemeriahan menyambut tahun baru 2014 tetapi...Lihat sini

    ReplyDelete
  14. Jgnlh bangga dgn himpunan tu.. tempat tu mmg org ramai berhimpun setiap tahunlah... sambut tahun baru.. bengong!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan