Loading...

Aplikasi game android "Kangkung" di Google Play

DILIHAT sebagai mengambil peluang terhadap populariti 'Kangkung' yang mencetuskan fenomena di internet baru-baru ini, sebuah aplikasi permainan 'android' bernama "Kangkung" dihasilkan dan boleh dimuat turun di Google Play. 

Anda boleh terus ke Google Play untuk muat turun aplikasi tersebut klik sini Kangkung


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang meminta rakyat memuji kerajaan dengan penuruan harga kangkung menjadi bahan jenaka dan sindiran rakyat Malaysia. 

Malah fenomena sindiran kangkung terhadap Najib itu juga menjadi bahan berita dunia, apabila Portal British Broadcasting, BBC turut melaporkan perkara itu. 

Tidak kurang negara tetangga seperti Singapura dan Indonesia yang tidak ketinggalan mengikuti dan melaporkannya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Hahaha kangkung xD

    ReplyDelete
  2. kita tunggu dia dtg ceramah dgn Lenggang Kangkong.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda