Bila Sinar Sebenar Akan Menjelma?

Bila Sinar Sebenar Akan Menjelma?

Sinar mentari tahun 2014 di mulakan dengan penuh kesuraman. Setiap ibu bapa pasti merasai kesakitan yang teramat perit untuk menjengah ke tarikh ini. Dimana nak cari duit untuk menyekolahkan anak. Persoalan ini menjadi satu mimpi buruk dan seakan mahukan mentari 2014 disekat agar tidak menjelma selamanya.

Anak anak yang merengek meminta itu dan ini mengacah-ngacah ke telinga seumpama sembilu yang sangat tajam. Tidak mahu melayan, ia keperluan. Mahu melayan dia sangat kesempitan. Ketika ini malam-malam Jumaat tidak lagi menjadi mimpi gembira untuk pasangan. Mereka hanya mengharapkan bulan tiba-tiba menyinarkan emas dan wang ringgit dan jatuh terletak elok di bawah bantal agar esok ibu bapa dengan wewenangnya ke supermarket membeli kesemua permintaan anak-anak.

Tindakan kerajaan Najib "mengurangkan" subsidi minyak dan seribu kenaikan lain menjadikan kesuraman itu benar benar ranum pada tahun 2014. Kesemuanya tidak mampu bertahan untuk tidak naik lagi. Lepas satu satu kenaikan berlaku. Jeritan dan amaran oleh kementerian berkaitan harga barang dipandang cukup sinis. Sehinggakan apa saja yang terbit di mulut menterinya dianggap lawak dan dogengan seorang yang sangat bodoh. Dengan muka seolah seorang pelawak ia mencukupkan lagi drama itu. Kesian.

Najib yang sebelum ini juga kurang dihentam menerima akibat yang sama. Kangkung yang hanya sebenarnya dijadikan contoh menjadi bahan lawak sehinggakan BBC London turut terlibat. Ia cukup cukup memalukan. Rakyat seolah tidak mempedulikan sesiapa lagi yang hendak di disegani.

Disaat segalanya berlaku, tiba tiba hari ini ibu bapa dipanggil ke sekolah untuk menerima bantuan RM100 untuk setiap murid. Program bermula pukul 2 petang, pukul 11 pagi ibu bapa sudah mundar mandir di sekolah menanti dengan penuh sabar kehadiran pemuka pemuka kerajaan hadir untuk memberikan nyawa itu.

Senyum sepanjang jalan, melenggang seolah bakal mendapat durian runtuh yang berharga sejuta. Itulah nilainya masayarakat kita. Bila sang penceramah memulakan bicara dan memuji memuji sang kangkung, rakyat mengangguk bersetuju sambil tersenyum melebar. Hampir kesemua bicara yang disampaikan diterima dengan penuh percaya.

Ini kenyataan. Dan kenyataan ini akan berulang ulang setiap masa. BR1M bakal muncul lagi. Sekali lagi pak menteri kedai kopi yang setiap hari berbekalkan secawan kopi yang bisanya sangat tidak terperi di kedai kopi akan tunduk tak mengerti. Sesuatu harus di fikirkan agar budaya ini mati. Biar kuasa melawan kekal abadi untuk menghentikan kebodohan ini.

Bersama kita fikirkan untuk generasi yang lebih bahagia walau tahun baru menjelma.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

10 Comments

  1. satu fenomena lagi sifat buruk nuar menyeret pendokong2nya pkrpas dgn batu api dap.
    ...membalas kempen kebanyakkan melayu memboikot barangan/khidmat cina di sini..meh jepong lak? Kot kot menjadi.
    sdperti diterima nuar sememangnya seorang pembawa masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. och..silap eh..

      Delete
    2. Macai BN ni mmg bodoh tahap otak kat tapak kaki. Stiap kali berjalan, dia akan trpijak otak dia sbb tu bleh berfikir dgn waras & betul. Asyik tau nak bodek jer.. Subahat dgn perkara2 mungkar.. Itu la cara hdup macai BN Umngok.

      Delete
    3. pagi td dgn kapcai aq angkutla anak2 ke sekolah.mcm aq dulu ayh dgn basikal berkaratnya angkut aq.jeling2 gak keta lapana2 kwn.jeling gak depa makan kat kantin...kdg2 fikir kenapalah aq tak berayah mcm dia org..ish ish otak budak2 cam tu la brimiginasi gila gila.try bantuan zakat tak dpt lak tanpa jelaskn alasan..malulah merayu2minta.oo bntuan awal..sus 1m..brim...ok gak.tak pyh minta2.itu pun ada yg tak mau..menyusah hati aq klu2 sat lagi anak aq j nyesal aq jadi ayhnya lak sebab bdnda gila2 camni.tapi hari berganti hari untu sampai ajalku.tinggal lah anak2ku mencari kehidupan mu sendiri.

      Delete
  2. tak payah pergi jepon la nuar , orang jepon tak caya sama lu , lu bikin malu orang malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi...org jepon gak yg invite dia...lu kaji dlu sebelum komen...org macam lu kaki ampu bodek bagi susah org laen..pr nak bagi harga petrol turun...lu org macai suma xmau...macai2 study skit..guna otak...jgn guna lutut...jgn jdi pak turut..lawan skit..taktau tanya...

      Delete
    2. invite tp x hormat aturan negara org tu , padan pun di halau balik. tau lak balik ke m'sia..sebuah negara yg minyak naik akibat subsidi ditarik skit.wa punya kapcai jln gak tp aq x kah press mcm mat rempit.aq dah buang perangai lama daa x mcm nko melalak sama naek ngan enjin jepong!
      ..treng..trenggg..siap kona lipat hakis telinga lagi!

      Delete
  3. anwar bekas banduan tak boleh masok jepon , orang jepon bersih tak main lubang tahi...kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Bahan jenaka dikedai kopi, nasib kau la nuar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan