Debat Khalid Samad - Noh Omar : SAMM Sedia Anjur

Kenyataan Media
1 Februari 2014

Debat Khalid Samad - Noh Omar : SAMM Sedia Anjur 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik gesaan yang dibuat oleh YB Khalid Samad supaya debat mengenai penggunaan kalimah Allah diteruskan. Ia juga berikutan kesediaan Datuk Seri Noh Omar yang dilihat sangat kecewa apabila Wacana Sinar Harian bertajuk "Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan" dibatalkan pada saat akhir.

Drama yang ditonjolkan oleh Noh Omar yang hadir ke venue debat di auditorium Karangkraf walaupun berita pembatalan telah dimaklum secara meluas, membuktikan betapa seriusnya hasrat Noh untuk 'bertemu' Khalid Samad. SAMM dengan ini sedia untuk merealisasikan hasrat tersebut dan percaya rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal 'disekolahkan'.

Isu kalimah Allah ini amat penting untuk dibentangkan kepada umum khususnya demi memperlihatkan agama Islam sebagai sebuah agama yang sempurna, tidak menindas penganut agama minoriti. SAMM juga berpendapat debat antara Khalid dan Noh ini harus menjadi cetusan awal memecahkan 'taboo' pemikiran rakyat seandainya pihak yang lebih afdal membicarakan soal ini secara terbuka masih belum bersedia.

Rampasan kitab bible awal bulan lalu sebenarnya telah memberi impak yang besar di dalam dan luar negara, bagaimana Islam di Malaysia dipandang dari mata dunia selepas peristiwa rampasan tersebut. Apakah 'kekerasan' seperti ini berlaku atas sifat balas dendam? Maka harus ada penjelasan yang optimum dengan pilihan yang ada.

Justeru itu, SAMM akan menyediakan platform terbaik buat kedua-dua seteru politik ini saling berhujah. SAMM percaya Khalid Samad punya hujah untuk dipertahankan dan Noh Omar juga tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi 'guru'. Sudah sampai masanya rakyat dimatangkan pemikiran dengan hujah yang bernas, bukan dengan cara menunjukkan kekuatan fizikal dan memomokkan orang lain. Ini zaman pakai otak, bukan pakai otot.

SAMM mencadangkan tarikh 10 Februari sebagai tarikh wacana debat dianjurkan dengan tajuk yang sama dan moderator yang sama seperti wacana Sinar Harian yang dibatalkan sebelum ini. Lokasi debat akan diberitahu dalam masa terdekat, tidak menolak kemungkinan akan berlangsung di Petaling Jaya.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

4 Comments

  1. Sokong kesediaan samm menganjurkan debat tu. Lebih manis kalau acara debat tu dianjurkan dalam gereja. Baru ada thrill. Kalau penonton dahaga boleh diberi holy water, x perlu risau sebab musibat, eh silap, mujahid jamin x rosak akidah kalau minum. Lebih gempak lagi kalau samm lantik paderi sebagai moderator. Tak gitu samm.

    ReplyDelete
  2. Samm anak anak terencat akal, kalimah allah itu pon nak dianjurkan debat, lebih baik samm masok keristian semuanya selesai cerita...

    ReplyDelete
  3. 2 makhluk tukang komen di atas terencat akal aka kanak2 spastik yg tak boleh menggunakan akal bicara yg berhemah. mungkin dah terlebih makan kangkong dan rumput maka alasan dan hujah diberi macam lembu tak cukup makan. kalau benar bahas yang dicadangkan dianjur SAMM tiada kebaikannya, berilah jawapan yang senang difahami manusia yang bukan lembu. kalau nak sokong parti pun, jangan melulu menjadi ekor dan tukang sorak, kepala masuk tong tahi, ikutlah terjun sekali. dasar dicucuk idung!

    ReplyDelete
  4. Samm nti jgn lupa share link debat tu. Peolpe of malaysia mahu tahu ujung pangkal pasal debat ni nti

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan