Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi

Kenyataan Media
19 Februari 2014

Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi

Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal? 

SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai. 

Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya? 

Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.

Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.

Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

12 Comments

  1. Diaorg dah dibayar permit utk psg bendera masa p/raya..

    ReplyDelete
  2. Takpun jd warden penjara kajang kot...

    ReplyDelete
  3. Anwar kalau kalah dikajang munkin kena sawan babi, kita tak tipu punya..

    ReplyDelete
  4. Mana Nuar leh kalah Allah Dan Malaikat tlg dia. Sapa x caya tungguuuuu

    ReplyDelete
  5. Brapa ramai Mat Bangla tu kena cam muka dia. Tanya bangla tu sapa MB tiap2 negeri tentu lariiii bangla tu Dan juga soalan2 lain. Kantoi bangla tu

    ReplyDelete
  6. Anugerah tuhan, jangan main main, mesti mahu menang ..he

    ReplyDelete
  7. Kalah slalu menang belum tau - ktm

    ReplyDelete
  8. milo suam burok sangka, yang 40,000 bangla itu sampai sekarang anwar terkemut kemut nak jawab, dan sekarang orang mayamar pulak dekat kajang, kita nak berpolitik jangan main presepsi, dah tak laku lagi presepsi pengundi bangla dan mayamar, tolong waras sikit milo suam..

    ReplyDelete
  9. Memang benar pengundi asing dbenarkan ngundi..pekerja asing projek aku yg cakap..siap dpt ic lg..ape nk buat klu setan yg memerinth negara sedngkan para alim ulamak bachul untk bertindak walaupun hati kata tidak...sesama kite rasai hukumanNya bersama-sama

    ReplyDelete
  10. Yeke ada ic? Ko dh check ic palsu ka ori? Ko ada nampak ka mereka berator time mgundi? Ko jgn buat fitnah, tak terampun dosa ko.

    ReplyDelete
  11. PERKEMBANGAN PELIK DI KAJANG

    krusi dun dikosongkan, owang penang dcalonkan dan kmungkinan akan jd menteri besar slangor sbab owang slangor xpandai jaga slangor.

    PERKEMBANGAN TAK PELIK SEANTERO MALAYSIA

    warga asing brada dimana-mana mcari rezeki.

    ReplyDelete
  12. Yg pelik hutang negara makin naik, yg tak pelik barang naik BN

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan