Pengistiharan undang² Islam di Brunei

"Pada 22hb Oktober 2013 yang lalu Beta telah mengumumkan perwartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013, maka pada hari ini setelah berlangsung 6 bulan Beta dengan bertawakal kepada Allah SWT serta bersyukur mengistiharkan bahawa esok hari Khamis 1 Rejab 1435H bersamaan 1hb Mei 2014M adalah tarikh mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013 fasa pertama yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya."

"Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkan sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan enam bulan selepas akta digazetkan dimana sehingga ke hari ini pun ia masih lagi didalam lingkungan 6 bulan tersebut."

"Alhamdulilah dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugamanya. Ini pasti berlaku sebagaimana firmannya dalam surah Muhammad ayat 7 tafsirnya: Wahai orang orang yang beriman, jika sekiranya kamu menolong agama allah nescaya Allah akan menolong dan membela kamu untuk mencapai kemenangan serta menatapkan pendirian kamu dalam membela kebenaran."

"Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapannya dalam perkara perundangan sudah pun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing terutama agensi-agensi yang berkaitan hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungajawap, amanah dan berhemah. Ingatlah fokus kita hanyalah kepada Allah jua untuk mencari redha nya semata mata bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak."

"Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka."

"Adapun andaian-andaian berupa berbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang dengan teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori tetapi hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang Allah kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri telah menegakkan undang2nya, itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah."

"Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan perintah Kanun Hukuman Jenayah Sariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Beta amatlah berbangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi termasuk di kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh ahli2 Majlis Mesyuarat Negara di dalam sidang nya yang berlangsung baru-baru ini."

- Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Majlis Pengishtiharan Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013.

24 Comments

  1. Brunei juga melarang orang kafir dari menggunakan perkataan Allah, Quran, hadith dan banyak lagi.
    Adakah pas juga akan menyokong jika malaysia melaksanakannya?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rakyat brunei setuju terima hudud tanpa dolak-dalih, tp kat m'sia ada org islam yg tak setuju krn cetek pgtahuan agma

      Delete
    2. Dimalaysia ni hudud timbul masa pilihanraya je. Lepas pilihanraya pas kata hudud cuma 0.01% dari hukum islam. Walau pun sebelum tu janji laksana hudud esok pagi sebelum ayam berkokok.
      Parti yang nak laksanakan hudud pun tak ikhlas, camna nak buat hudud.

      Delete
    3. Sekarang ni mahfuz minta menteri umno pulak bawa usul hudud. Kenapa?. Pas takut dengan Dap kut.
      Pas macam tak ikhlas je nak laksana hudud.

      Delete
    4. Sbb mnteri umno org islam.. klau dia kapir..lantak dialah

      Delete
    5. Orang pertama kena potong tangan ialah Mahataik 2. Najibultoya 3. Losimah 4. Nazri tapi nazri ni selain kedua2 tangan kaki juga mesti dipotong sebab suka gi kat kelab malam main pelacur. 5. Hisham sebab kaki togok arak. 6. Mat maslan dll semua menteri kena potong tangan. Kaluntak nak potong tangan boleh tapi pulangkan balik duit dan harta rakyat yg dicuri tu. Hehehe

      Delete
  2. Aku bukan org pas tapi aku sokong 100% hudud....hrp pelaksanaannya sempurna.
    Sedih bila pemimpin pr yg beragama Islam menolak hudud.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah@jebon

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..mudah2an dgn terlaksana undang2 ni akan zahir lebih ramai org yg adil..terutama adil pada diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. Saya sokong hudud, bila hudud dilaksanakan contoh arab saudi itu, kita akan merasa sejahtera, duit ada pon tenang, duit tak ada pon tenang, tenang pon tenang, tak tenang pon tenang, berkat la itu, saya sokong hudud sejak dari dulu, cari la pemimpin yang akan melaksanakannya...

    ReplyDelete
  6. niat tu biar ikhlas bkn krana undi

    ReplyDelete
  7. Kalau anda ikhlas dgn allah...mai kita sokong hudud. Mca,gerakan,dap tak suka dia punya pasal sbb hudud bukan ajaran agama dia. Yg dok mengaku islam ni dok berdolak dalik. Perjuangan asal PAS mmg nak laksana hudud tapi tertangguh sbb penentangan UMNO. Skrg umno dah sokong. Mai kita laksana betul2 hukum allah jgn ada sbrg keraguan lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takbir..

      Delete
    2. peminat milo suam4 May 2014 at 16:34

      Porahhhhhhhhhh...pasal Hudud nak minta sokongan Umno,dulu puak2 ni yang kata Umno Kafir...kami tak setuju selagi Syaitan DAP dgn Iblis PKR ada bersama PAS tak payahlah,ini Perangkap untuk Umno..

      Delete
    3. Betul tu..baik UMNO kwn dgn MCA yg terang2 tolak hudud..

      Delete
    4. peminat milo suam5 May 2014 at 00:37

      DAP lagi terukkkkk,dulu Karpal Singh pernah kata kalau Pas nak buat Hudud atau negara Islam,langkah manyat dia dulu..tapi Pas menikus tak berani...tu baru Karpal Singh gertak je..

      Delete
    5. Kalau langkah mayat pun apa masalahnya..yg kita nak perjuang bkn mayat tp syariat islam di atas muka bumi

      Delete
  8. Kita jangan sandarkan hudud ini pada politik, jadi tanggong jawab bersama orang orang islam, nanti allah tanya masa akhirat siapa nak jawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...

      Delete
    2. peminat milo suam5 May 2014 at 00:54

      Saya org melayu beragama islam,pasal Hudud yg dicanang olih Pas,sy sokong 100% tetapi Hudud yg benar2 dituntut dalam Islam,bukan Hudud politik Pas..dari pehak Pas misti kena keluar dari pakatan DAP dan PKR sbb mereka terang2 menolak hukum Hudud..Pas misti bersatu dgn Umno dan Umno misti kena tendang keluar MCA,Gerakkan,PBB yg tak faham sgt pasal Hukum Hudud ni..barulah Pas benar2 ikhlas nak melaksanakan..

      Delete
    3. Org islam kat m'sia bkn melayu je..tp trmasuk mamak, cina, india, iban, asli dll. Islam sebenar-benarnya adalah yg sentiasa ikut suruhan Allah dan mnjauhi lrgnnya..

      Delete
  9. Kita boleh ambil sesebuah negara islam itu sebagai model untok melaksanakan hudud sebagai contoh arab saudi, malaysia boleh buat hudud, tak timbul masaalah orang kafir...

    ReplyDelete
  10. nk buat sesuatu biarlah pandangan bgi bkn islam bahwa islam tu indah dan adil.nabi sdiri pun buat cmtu.brula yg bkn islam ttarik utk mmeluk islam.kdua biarla ikhlas utk mlaksana kanye bkn kerna nafsu politik.ktiga bkn kerna hukum tu takut tpi kerna kite sayang n x mau mlakukan pekara pekara yg dimurkaiNye.kite tkut direjam dgn batu didunia tpi disbaliknye bkn kite tkut Allah.biarlah hukum itu dilaksanakan agar kite snantiasa mgingatiNye bkn kerna kite takut kpda hukuman dunia.tu penting kerna Allah mau kite snantiasa ikhlas yg seikhlas nye kite terhadapNye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan