Dasar kerajaan Najib rosakkan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan negara — Tun Mahathir

‎MANTAN Perdana Menteri Malaysia, yang paling lama berkuasa, Tun Mahathir hari ini secara terbuka membelasah Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tulisan di blog miliknya.

Melalui tulisan panjang lebar di blognya, chedet.co.cc  termasuk petikan beberapa kisah dongeng tentang raja dan pembesar kaki ampu‎, Tun Mahathir menyimpulkan di akhir tulisannya bahawa dasar pentadbiran Najib sebagai merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara.

"Sesungguhnya, banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara" tulis beliau. 



‎Jika dilihat, kesimpulan yang dibuat oleh Tun Mahathir di dalam membelasah Najib ini sama sahaja seperti yang dikatakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat berulang kali sebelum ini.

Nampaknya Tun Mahathir sudah sedar bahawa apa yang dikatakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat berulang kali sebelum ini, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

Namun apakah perkara tersirat di sebalik serangan terbaru Tun Mahathir terhadap kepimpinan Najib Tun Razak ini?

"Mukhriz Mahathir to be Prime Minister before 2020"

5 Comments

  1. Allah anugerahkan Tun M umur pnjg ad hikmah dsbaliknya n mgkn dia insan tpilih dberi hidayah utk myucikan pe yg dia tlh bt swaktu jajahan dia.. selagi nyawa kta blm dtarik selagi 2 pintu ke ampunan trbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa. Itu aku setuju. Bkn mcm ketum

      Delete
    2. Yg mahdey tu persenda sunah nabi & perlekeh hudud tu camne plak??
      Setakat tegur najib tuuu... berlori2 dh geng2 PR tegur najib & kabinetnya!!
      Deyy aney...!!
      lu punya ank jdi tokey arak tu dh tegoq kaaa???

      Delete
  2. Kelebihan tun tidak diragui...
    Sering menegur demi bangsa..agama dan negara...

    Mcm pakatan...tiada yg berani menegur anwar ibrahim kecuali mendiang karpal....itu pun hanya sekali agar bertaubat...
    Malangnya tidak diendahkan...
    Langkah kejang dijangka langkah penamat dlm karier politik keluarga 69 a.k.a mat liwat/ketum...
    Nak tegur dia???Nanti kena saman atau buang keahlian parti....
    Tak heran dah merapu...."50 januari yg lalu!!"...
    Hehehehe...malang sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni AnuWar Al Juburi bertambah sibuk menyuntot kat luar sbb bini dah takde masa nak layan dia sibuk sebagai mb.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan