BANYAK blog pro Barang Naik menyiarkan dokumen rahsia kononnya, seolah-olah menceritakan grand design "Kajang Move" (Langkah Kajang) yang dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat.
Dokumen itu bagaimanapun disahkan palsu oleh Pengarah Strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli menerusi laman twitter miliknya.
Rafizi mengesyaki dokumen itu sebenarnya ditulis oleh penulis rendah tahap 'blogger Umno' memandangkan penggunaan Bahasa Inggeris yang amat teruk.
Difahamkan, dokumen rahsia 'kononnya' itu mengandungi perancangan jahat Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN untuk menyerang dan menjatuhkan ekonomi Malaysia.
Apa pun, orang yang mencipta dokumen ini untuk tujuan propaganda supaya pemimpin KEADILAN ditangkap polis atau sekurang-kurangnya disiasat, bolehlah dikatakan bodoh dan tidak cermat.
Ini kerana, nama asal 'Langkah Kajang' atau 'Kajang Move' adalah 'Serampang Kajang'. Maka apabila wujud satu dokumen grand design 'Kajang Move' maka ternyata ia adalah dokumen palsu.
Jika benar ada dokumen menjelaskan strategi terperinci seperti itu, namanya patut 'Serampang Kajang' bukan 'Langkah Kajang'.
Di bawah ini pula penjelasan dari tuan punya badan yang dituduh menulis dokumen tersebut, iaitu saudara Rafizi Ramli.
Saya menasihati orang ramai terutamanya pendokong Pakatan Rakyat supaya berhati-hati dengan helah yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional dengan mereka-reka dokumen palsu untuk memfitnah pimpinan.
Sebelum ini, sudah menjadi kebiasaan apabila tweet atau kenyataan palsu dibuat untuk menimbulkan kemarahan. Saya pernah membawa isu ini ke Parlimen kerana tweet palsu dari cybertrooper Umno/Barisan Nasional.
Hari ini, satu dokumen palsu kononnya ringkasan eksekutif Langkah Kajang dimainkan. Saya terkejut melihat mereka yang cenderong kepada Pakatan Rakyat turut sama menyebarkan perkara ini seolah-olah mereka tidak menapis dahulu kesahihannya.
Adalah melucukan jika ada strategi besar yang ditulis dalam satu dokumen. Malah, dokumen itu pun banyak menimbulkan keraguan dan sepatutnya jelas lebih awal bahawa ia dokumen palsu:
1) penulisnya tidak dapat berapa mahir dengan bahasa Inggeris. Kalau pun itu dokumen sulit, sepatutnya ditulis "P&C" bukannya "Eyes Only"
2) penulis seperti terkeliru di antara ISIS dan ISIL. ISIS itu think tank yang menyokong kerajaan, tidakkah jenaka apabila PKR merancang konspirasi sulit dengan ISIS?
3) semua yang tahu politik dalam PKR tahu bahawa Sdr Azrul Azwar adalah pegawai Tan Sri Khalid. Di mana masuk akal pegawai khas MB yang juga menyokong kuat MB merancang strategi sulit mahu menukar MB? Sdr Azrul Azwar pun bukan lagi di dalam Institut Rakyat, semua orang dalaman PKR tahu perkara ini (kecualilah ia ditulis oleh blogger-blogger Umno)
Dan banyak lagi.
Dokumen palsu itu jelas ditulis oleh blogger-bloggerUmno seperti pada satu masa mereka pernah menuduh saya mempunyai hubungan seks dengan seorang wanita Inggeris bernama Kristi. Mereka tidak tahu Kristi itu kucing saya.
Saya tidak terkejut mainan Umno itu.
Saya terkejut cepatnya rakyat Malaysia, malah yang cenderong kepada Pakatan Rakyat, percaya kepada perkara karut tanpa usul periksa. Semaklah perawi dahulu dan gunakanlah akal yang Allah kurniakan.
....kalau itu palsu maknanya ada betul2 yg asli....yg asli mesti lagi dashat...memang pengkhianat betullah..
ReplyDeleteHahaha semua orang tak tahu, Kajang Move ni sebenarnya rancangan Anuar dengan Najib, sebab itulah PAS tak sokonng langkah Kajang kerana ia melibatkan kerjasama PKR dan Umno.
DeleteTak mungkin umno nak bekerjasama dgn anwar ibrahim...
DeleteKlu benar....jam omegay dah dpt ditunjuk depan rakyat.....hehehe
Bodo anon 19.03.
ReplyDeleteMengaku pon akhirnyer,
ReplyDeletememe ada konspirasi nk jatuhkn kalid dgn cara paling pondan.
guna serampang pulak tu.
suka2 korang jak memainkan demokrasi.
korang ingat rakyat slangor ni bbudak ke?
Habis madu sepah dibuang, tu le nasib kalid.
meme pondan puak korang ni.
mcm pulak kalo puak korang sendiri yg buat dokumen tu dan sebarkan?
ReplyDeletepastu petik nma umno pulak.
tak mustahil kan?
Permainan politik ni kotor. Ada masanya mereka yg create sendiri dan tuduh pihak lain. Masing2 guna rakyat sebagai alat permainan mereka utk mencapai nafsu gila mereka.
ReplyDeleteMasuk akal strategic planning utk tawan Putrajaya
ReplyDeleteSelari dan sepadan dgn end game yg diwarwarkan masa umum kajang move.
Tp palsu la pulak ......kan ??
Low level umno blogger?
ReplyDeleteBlogger umno boleh pikir secara strategik & diluar kotak ?
Ada cyber upahan pro ni...
Jaga jaga perang bak mula
Tunjuk yg ori la baru boleh caya.
ReplyDeleteAtau Kak kipas dah simpan stor dgn jam omega
Tunjuk link blogger umno yg dok menuduh ko mempunyai hubungan seks dengan seorang wanita Inggeris bernama Kristi.
ReplyDeletePost a Comment