Majoriti Sudah Dicapai - Tamatkan Kemelut Selangor Segera!

Kenyataan Media

16 Ogos 2014

 

Majoriti Sudah Dicapai - Tamatkan Kemelut Selangor Segera!

 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika ini sedang mengadakan Rapat Kebangsaan 3/2014, dengan ini secara langsung mengumumkan Resolusi Khas menyentuh kemelut Selangor seperti di bawah;

 

1.      SAMM mewakili aspirasi anak muda dan rakyat progresif memperingatkan pakatan rakyat bahawa undi yang mereka perolehi bukan untuk rakyat menempuh krisis demi krisis. SAMM melihat krisis di Selangor telah dimulakan dengan kesilapan pengurusan PKR dan PR sendiri.

 

2.      Tindakkan beberapa ahli parlimen muda yang angkuh tidak membantu masalah ini selesai malah mengusutkan lagi suasana. Mereka harus lebih bijak dalam mengurus krisis. Janganlah sombong dan mendabik dada kerana kegagalan krisis ini mampu membawa perpecahan muktamad Pakatan Rakyat.

 

3.      Kini masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti anggota dewan secara bertulis dan fizikal, jika pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti

 

4.      Sistem raja-raja Melayu khususnya pihak istana Selangor perlu bersama rakyat menjadi penyelesai masalah, bukan menjadi benteng kepada pihak-pihak tertentu. Maka SAMM mendesak pihak istana memberi laluan 'penstrukturan organisasi' di Selangor demi untuk mengelak pentadbiran negeri menjadi lebih bermasaalah. Pihak istana perlu panggil mengadap kedua – dua pihak dan selesaikan segera krisis ini.

 

5.      Dengan perlantikkan Menteri Besar yang dipilih ahli dewan secara demokrasi (majoriti), Pakatan Rakyat harus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya negeri Selangor dengan menghentikan londeh melondeh sesama sendiri. Semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah dicapai.

 

6.      SAMM juga menegaskan bahawa tiba masanya beberapa pemimpin senior Pakatan Rakyat harus undur dan beri ruang dan peluang kepada pemimpin muda.

 

7.      Kesepakatan dan keberanian perlu di dalam suatu gagasan. Kegagalan Pakatan Rakyat didaftarkan dalam satu Logo atau satu agenda yang jelas akan menjadikan penentuan demokrasi (seperti krisis Selangor ini) tidak mampu ditangani dengan baik pada masa hadapan. Setakat ini tidak kelihatan kesungguhhan menjadikan agenda mendaftarkan PR dibawah satu nama dan logo dijadikan keutamaan.

 

8.      Antara yang diberikan perhatian oleh SAMM ialah penglibatan untuk kekal berkuasa menggunakan sokongan Umno. Atas semangat Asalkan Bukan Umno (ABU) , mengekalkan kuasa menggunakan pengaruh Umno ialah pengkianatan ke atas semangat PRU 13 dimana rakyat sudah menolak Umno / Bn di Selangor. Kekal kuasa dengan bergantung sokongan Umno yang minoriti hanya akan membuka ruang kepada Umno yang telah ditolak rakyat.


Sekian

 

Resolusi dibacakan oleh :

 

Che'GuBard

Pengasas

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

11 Comments

  1. Pigiiilah samm. Perjuangan ko sia2. Ketum sampai nyanyok pun nak jdi PM. Ko dapat apa? Makan taik ja yg ko dapat. Hak tuihhh

    ReplyDelete
  2. aku nk khalid gak jadi mb. yang lain jangan berangan. #ini khalid lah

    ReplyDelete
  3. khalid bekas ceo. orang koprat. berintegriti & amanah. anak jati selangor. bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan auntie kipas. kenapa orang pakatan bodoh sial sangat nak lingkupkan negeri yang ditadbir oleh pakatan? bubar dun. kita terajang keluar auntie kipas dan puak2 evagelis keluar dari selangor

    ReplyDelete
  4. Yanak melayu malu16 August 2014 at 20:11

    Semua atas kalu...darwin teori betul kalu.....mah no sia came from monkey ooooo ape ka oooo probosky dooooo......always remember aneyyyy...mbuilding a nation must have 3 yeh....woneh....fizikal....moneh.....mental...anjihhhh......spiritual.....malaysia...fizikal...wokey....only mental yen spiritual yeeeelek.....mental kalu....kalah yeh...deyyyyy...step down neh yehhh sadap yehhhh.......waterface bery bery yimportant......but this guy no waterface...same with the yape yupstair.....sorryyy....numenandreee...asalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. selesai ka ta selesai ka yg penting tada unsur nepostime.

    tu jaa..


    susa ka mau paham?

    ReplyDelete
  6. Langkah kajang sipukimak rafizi adalah langkah malang dan kejang....
    Teguran samm kpd yb2 muda yg angkuh mghancurkan negara adalah tepat.....
    Berlagak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meroyan lg mcai umno bn ni..

      Delete
  7. Bila berjuang atas nama parti tak diterima, sekarang cari "mileage" berjuang atas nama NGO. Elok le masuk parti politik utk cari pengaruh. Jgn salah guna prinsip NGO. Mereka berjuang di atas kepentingan manusia sejagat.

    ReplyDelete
  8. PASNGOK tak boleh fikir ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubar DUN bubar DUN bubar DUN..slngor utk ANAK JATI printah..org negri lain jgn MNYEMAK nak printah slangor..ADA PAHAM

      Delete
  9. ......bagi kuassa kt anak selangor la.....kerana kuasa hangpa ludah2 ulamak

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan