Ucapan dasar Ketua Pemuda Umno terus membelakangi masa

KETUA Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, di dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO menyuarakan partinya sudah 'membelakangi masa' dengan mengenepikan pimpinan muda berbanding Pakatan Rakyat.

Pun begitu, nampaknya, Khairy sendiri membelakangi masa apabila beliau terus mempertahankan Akta Hasutan dan cuba membangkitkan sentimen perkauman menerusi soal Kedudukan Istimewa Bumiputera.

Khairy berkata undang-undang kolonial Akta Hasutan adalah perlu untuk mengelakkan negara hancur apabila isu-isu sensitif dimainkan. Namun selama ini kita lihat pimpinan UMNO sendiri dan kumpulan-kumpulan ekstrem yang didokong UMNO memainkan isu-isu sensitif, tiada kekecohan berlaku meskipun hampir keseluruhannya tidak didakwa bawah Akta Hasutan.

Sebaliknya, pemimpin Pakatan, aktivis masyarakat, mahasiswa, ahli akademik dan agamawan menjadi mangsa. Malang sekali Khairy sendiri mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford, tetapi nampaknya tidak dapat menerima keterbukaan di kalangan ahli akademik di Malaysia.

Sudah wujud peruntukan di bawah Kanun Keseksaan bagi memastikan sebarang pengucapan yang boleh mendatangkan kacau-bilau diambil tindakan. Ini sepatutnya alternatif kepada undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan.

Khairy juga mencabar golongan bukan Melayu agar tidak mencabar Kedudukan Istimewa Bumiputera. Beliau berkata perkara-perkara dalam Perlembagaan seperti hak pendidikan vernakular tidak dipersoalkan oleh masyarakat Melayu. Namun pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sebelum ini ada mempersoalkannya.

Hakikatnya, majoriti besar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tidak mempersoalkan muafakat Perlembagaan. Yang dipersoalkan adalah rasuah yang berleluasa dan kesenjangan ekonomi yang semakin melebar, yang membebankan semua rakyat Malaysia termasuk golongan Bumiputera.
Statistik menakutkan ini didedahkan oleh laporan Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini. Hakikatnya, UMNO lah yang menerajui kerajaan selama ini. Tidak wajar untuk Khairy menuding jari pada kaum-kaum lain, sebaliknya beliau perlu melihat dimanakah kegagalan dasar-dasar kerajaan selama 57 tahun mereka mentadbir negara.

Soalnya, adakah ini wajah sebenar Khairy? Jika di khalayak umum, beliau menampilkan imej liberal tetapi di dalam perhimpunan UMNO beliau mengikut rentak perkauman.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

26 November 2014

8 Comments

  1. Woi...macai!!
    Masa ketum dlm umno..dia lah hero melayu dan bumiputera..
    Nak dpt undi cina sggup jaja org melayu dan bumiputera kata cina pendatang sedangkan dia lah puaka yg pernah berkata sedemikian....cuma dulu tak ada gajet canggih merakam segala hipokrasi pukimak ketum...
    Yg macai2 blm sunat cuma tahu telah jer kencing bangsat itu...

    ReplyDelete
  2. Milo Basi Pukimak!

    ReplyDelete
  3. Nik Nazmi....TAK tahu betul ker tak...org2 dlm pukiR kata jwtn yg ko pegang skrg atas bantuan tgn2 ajaib dlm pukiR...Mcm mana dh jauh kena tggl boleh dpt jwtn itu...manipulasi undi?
    Klu bnr...TAK yah terhegeh2 sgt lah...malu sikit krn TAK layak di mata ahli....cuma layak pd mata ketum jer...
    Klu ketum tu ok...TAK apa..
    Nampak sgt kebadutan parti ketum anak beranak dan waris kronismenya.

    ReplyDelete
  4. Keharmonian kaum tergugat sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah kerana kewujudan Parti yg diasaskan olih seorang Peliwat,sedarlah wahai orang Melayu yg menjadi Pecacai kepada Individu yg dah nak Mampus tu..demi nak dapat Kuasa, dia sanggup buat apa saja termasuk Maruah Bangsa tergadai, Kuasa terlepas kepada Bangsa Pendatang seperti Cina..

    ReplyDelete
  5. Anwar Ibrahim adalah Pengkianat kepada Bangsa Melayu bukan Umno, Umno hanya mempertahankan Hak2 Melayu,Bumiputra serta Kaum Pribumi..

    ReplyDelete
  6. Klu ada la peliwat dan pemuki jadi presiden atau pm sesebuah negara...gerenti hancur negara tersebut.
    Dia akan memerintah ikut kemaluannya sahaja.Mcm lantik bini jadi mb...ikut kemaluannya shj Tanpa merujuk mana2 pihak dgn kata sepakat.
    Bila ada yg menentang lalu hancurlah reputasi mrk.Sampai sanggup memfitnah dan mghina sesapa shj..
    Beginikah manusia yg rakyat nak letak sbg pm negara??Hanya manusia bodo jer sggup bertuankan pemimpin sebegini.
    Buat limbabi guan eng aka tokong maharaja.....kononnya berpegang pd ketelusan....nampak lbh membantu tauke2 kaya dpd membantu rakyat...
    Sampai skrg rakyat tak merasa pun nikmat rmh mampu milik bahkan cukai makin meninggi.Keluarga gila nie klu pegang malaysia...hancuss!!!

    ReplyDelete
  7. Tp masa dia tpm n mntri keewangan dulu ok ja.kt tmpat aku pmimpin umno la yg bli tanah org mlayu ngan harga murah jual pd cina. Ooo cm tu la cara nk bela org mlayu no

    ReplyDelete
  8. Gunakanlah bahasa yang jernih. Bahasa yang jernih,indah melambangkan keperibadian kita yang mulia. Kita komen mempertahankan parti yang kita sokong, tapi kita amat lupa bahawa parti tidak boleh memadamkan dosa kita.Pemimpin parti tidak kenal kita pun, tapi kita bermatian mempertahankan parti hingga sanggup mencarut,memaki,menghina sesama bangsa dan agama. Mungkin kita lupa, di kiri kanan kita tidak pernah lalai dan tidur. Beringatlah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan