Letak jawatan: KEADILAN belum dapat hubungi ADUN Inanam

SAYA dimaklumkan YB Dr Roland Chia, ADUN Inanam berada di luar negara. KEADILAN dalam proses menghubungi beliau untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keadaan sebenar kesihatan beliau dan mengesahkan kenyataan pendek bersabit beliau di media sosial.

Saya telah berhubung dengan pimpinan KEADILAN Sabah dan pegawai-pegawai YB Dr Roland Chia dan mereka mengesahkan bahawa YB Dr Roland Chia memang ada masalah kesihatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan YB Dr Roland Chia, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa.

Rafizi Ramli
Setiausaha Agung/Naib Presiden KEADILAN

17 Disember 2014

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

3 Comments

  1. PKR asyik kene KENCING je ng YB2,sndri.

    Hehehe

    Ptutny DUN ng PALIMEN ltak name NUAR je sorg.
    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE BETUL....
      pandan ANUAR
      ampang ANUAR
      inanam ANUAR
      permatang pauh ANUAR
      kajang ANUAR
      marang ANUAR
      bukit bendera ANUAR
      ipoh ANUAR
      putrajaya ANUAR


      coach harimau malaya ANUAR
      malaysia ANUAR

      baru semua orag bole hidup tenang.
      SEMUA ANUAR punya.

      Delete
  2. Nurul Izah nak letak mana?...Wan Azizah pun nak jugak....

    Ini bukan cronism...tapi muslihah politik....menyampah aku...emmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan