Regulasi perniagaan online: Jangan aniaya peniaga kecil

ANGKATAN Muda Keadilan memandang berat kenyataan Datuk Seri Ahmad Bashah, Timbalan Menteri yang mengharamkan penjualan atas talian (online) melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram jika tidak berdaftar.

Amat malang bagi rakyat negara ini khususnya golongan peniaga muda dan mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan yang memulakan langkah keusahawanan dengan berjual-beli melalui platform-platform tersebut.

Dalam keadaan ekonomi yang gagal dikawal kerajaan pada masa kini,wahana berniaga untuk menambah pendapatan ini tidak sewajarnya dengan angkuh dikatakan haram.Sewajarnya kerajaan menggalakkan perkembangan jenis perniagaan ini memandangkan kos menubuhkannya relatif rendah hatta boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan belanja sekalipun.

Regulasi perdagangan sememangnya penting.Jika isu perlindungan pembeli diguna sebagai alasan,tidakkah mereka sedar bahawa nombor telefon , alamat peniaga serta nombor akaun dan penama akaun adalah antara butiran yang wajib diketahui pembeli semasa melakukan transaksi perniagaan jenis ini? 

Jika berlaku penganiayaan terhadap pembeli,mudah sahaja tindakan dapat diambil berdasarkan maklumat-maklumat yang tersedia. Adakah syarat mendaftarkan perniagaan online ini berkesan untuk meregulasi atau sebagai pukat harimau yang diguna untuk mencukai rakyat? 
Bagaimana dengan penjual online dari luar negara? Adakah mereka juga perlu berdaftar dengan kerajaan Malaysia dalam situasi teknologi tanpa batas sempadan hari ini? 
Jika tidak, adakah kita mempunyai dua set perundangan berbeza?

Adakah sudah dikaji kesan terhadap sub-sistem jualan online seperti dropship yang majoritinya melibatkan kalangan pelajar atau suri rumah yang hanya mengambil komisyen jualan yang kecil dengan mempromosi produk pengusaha lain melalui akaun Facebook atau Instagram mereka.Adalah ruang sekecil ini juga ingin ditutup?

Angkatan Muda Keadilan menggesa agar Kerajaan melakukan sedikit kajian sebelum melaksana sebarang undang-undang berkaitan.Janganlah malas mengkaji dan terburu-buru menguatkuasa undang-undang yang menyekat semangat keusahawanan rakyat kecil.

Nor Hizwan Ahmad
Setiausaha,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

7 Comments

  1. Kat Pulau Pinang Perniaga2 kecil dihalau dan dirobohkan gerai2 yang rata2 Bumiputra,Kerajaan Pakatan Iblis dan Syaitan DAP, PAS, Parti Kelentong Rakyat PKR.. Kenapa tak besarkan Isu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni baru keluar dari gua ke? berapa tahun tidor? elok jangan bangun2 langsung. pi makan racun tikus ke... racun rumpai ke...

      Delete
    2. Aku mai dari Carok Tokkun, setakat Racun takdak masaalah sbb aku ada langkah Kajang, Khalid Ibrahim pun kena tendang.. bukan apa saranan Kerajaan sepatutnya perniagaan on line kena daftar dgn ssm sbb pelanggan patut dilindungi.. Ikut jelah apa masaalah.

      Delete
    3. Apa punya bengong. Patutlah duduk kat cerok. SSM kerjanya pau duit rakyat. Daftar saja RM40 minta salinan RM20

      Delete
  2. Apa punya bengong. Patutlah duduk di cerok. SSM yang tau pau duit rakyat sekali daftar RM40.00 minta salinan RM20.00

    ReplyDelete
  3. Carok Tokkun tu tempat AnuWar Ibrahim.. Awat hang Bangang sangat..

    ReplyDelete
  4. Meniaga untung rm 50 setahun....ssm rm 60.....gila ke apa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan