Hudud: Beranikah Umno lawan MIC?

SELEPAS bertahun dituduh menjadi 'kuda tunggangan' dan terpesong dari perjuangan menegakkan Hukum Hudud kerana takut dengan DAP, akhirnya Parti Islam, PAS telah membuktikan‎ tuduhan itu tidak benar.

Parti Islam, PAS tegas mempertahankan Hukum Hudud yang selama ini diperjuangkan malah langsung tidak peduli dengan kritikan dan tentangan keras dari sekutunya, DAP.

Bukan itu sahaja, malah ADUN-ADUN Umno di Kelantan telah sama-sama menyokong usul pindaan Kanun Jenayah Syariah 1993 di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Dengan kata lain Umno Kelantan bersetuju dengan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Namun dalam pada itu, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak masih membisu berhubung undang-undang Hudud. Beliau masih belum berani menyatakan pendirian berhubung Hukum Hudud.

Ditambah pula parti sekutu Umno seperti MIC sudah secara terbuka menentang keras Hukum Hudud tersebut.‎ ‎— BERNAMA

Kini giliran Najib pula perlu membuktikan bahawa Umno bukan 'kuda tunggangan' kepada MIC atau mana-mana rakan komponennya.‎

Persoalannya, beranikah Umno menentang MIC walaupun parti itu hanyalah bagaikan 'nyawa-nyawa ikan'? 

Jika dengan MIC pun sudah tercungap-cungap, jangan mimpi nak lawan MCA, Gerakan, PRS dan sembilan lagi komponen Barisan Nasional.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan