Roti naik harga selepas cukai baru GST dilaksanakan

SEBELUM ini kerap kita dengar menteri kata cukai baru GST baik untuk rakyat, harga barang akan turun selepas cukai baru GST dilaksanakan dan banyak lagil kenyataan-kenyataan positif dikeluarkan sama ada oleh menteri ataupun iklan-iklan tentang GST terbitan kerajaan.

Penyokong Barang Naik, BN bukan main menyokong perlaksanaan cukai baru GST kerana percaya dengan temberang menteri Barang Naik kononnya harga barang akan turun dengan perlaksanaan GST mulai 1 April 2015 ini.

Namun itu semua sekadar kenyataan tanpa bukti dibuat oleh menteri kerana mahu rakyat menyokong cukai tersebut. Hakikatnya, setakat ini apa yang sudah terbukti ialah, harga barang naik dek kerana perlaksanaan cukai baru GST.

Sebagai contoh, semalam aku pergi beli sebungkus roti kentang.‎ Aku lihat pada pembungkus roti itu ada dua harga iaitu, harga asal dan harga termasuk cukai GST. Lihat di bawah ini gambar roti yang dimaksudkan.


Harga sebelum cukai GST bagi roti kentang keluaran syarikat 'Mighty White' yang aku beli‎ ialah RM3.00 manakala harga termasuk cukai GST pula ialah RM3.20.

‎Ini menunjukkan harga makanan yang aku beli telah naik dan aku terpaksa berbelanja lebih akibat perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan Barang Naik.

Inilah makanan ketika aku susah, ketika aku mengalami masaalah kewangan nak beli nasi tak cukup duit. Namun kerajaan Barang Naik ambil kesempatan curi duit aku ketika aku tengah susah.‎ 

Ternyata GST adalah cukai penguasa yang tamak dan jahat! Cukai di mana rakyat berpendapatan rendah lebih terbeban.‎ Cukai rakus!

"GST — Golongan Susah Tertindas‎ #HapusCukaiRakus"‎

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan