Bekas wartawan dakwa dipukul pembantu Timbalan Menteri Dalam Negeri

SEORANG bekas wartawan TV3, Mohd Adli Effendy menulis di laman sosial facebook mendakwa dia diserang oleh lelaki yang mengaku sebagai Pembantu Peribadi, PA kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Berdasarkan laporan polis yang dilampirkan dalam tulisannya itu, kejadian berlaku semasa dia menurunkan anak perempuannya berhampiran sekolah supaya boleh diambil oleh bekas isteri tengah hari semalam.



Namun tidak lama kemudian suami kepada bekas isterinya datang bersama dua buah kenderaan jenis Vellfire berwarna hitam bersama kira-kira 5 orang di dalamnya.

Keluar pula seorang wanita, tiba-tiba mengheret dan memaksa anaknya untuk masuk ke dalam kereta. Melihat anak meraung dan meminta tolong, Adli cuba menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan kekerasan.

Malangnya, Adli dipukul bertubi-tubi oleh mereka malah isteri, anak dan ibu Adli turut ditolak dan dipukul sehingga terjatuh dan menyebabkan kecederaan yang teruk.

Barang-barang peribadi miliknya seperti telefon bimbit, cermin kereta bahagian depan dan belakang turut dipecahkan oleh bekas isterinya bersama rakan-rakan.

Salah seorang mengaku sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengugut mahu menembak Adli dan isteri jika enggan menyerahkan anak kepada bekas isterinya.

Adli mengalami kecederaan, pendarahan di bahagian mata, muka, badan dan kaki kerana dipukul. Isteri dan ibunya turut merasa sakit akibat serangan itu.

Adli meminta pihak polis membuka kertas siasatan terhadap kejadian tersebut kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya lantaran ugutan yang diterima.

Sumber — Facebook



9 Comments

  1. Spesis Manusia SIAL keturunan Umngok.Muka pun memang SIAL.Suka2 nk pukul orang.Polis jangan jadi Barua Umngok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. otak kau dah berserabut tu..tolong cuci dulu tak pun samak..dah penuh najis..maki hamun macam orang gila..

      Delete
  2. Saya kenal lelaki ni, memang bengis orangnya, cuma tak tahu pulak sampai macam tu sekali...

    ReplyDelete
  3. Ala...geng depa perintah...boleh la tunjuk lagak...nanti bila geng depa kalah...mamat ni mesti jadi mak nyah...tengok la nanti...dah banyak jadi macam tu...samseng taik kucing aje ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak2 sana memang suka cakap karut dan mencarut..dah sebati sangat..

      Delete
  4. Aku ada follow dia kat Instagram, memang selalu pergi latihan menembak dia ni.

    Ada juga tayang gambar pistol dia di media sosial...

    ReplyDelete
  5. Astagfirullah.. bawak mengucap la admin.. tak takut ke dosa menyebarkan fitnah sampai mcm ni sekali.. saya pak cik bekas isteri adli lebih tau apa cerita sebenar dan tau siapa adli tu sbnrnya.. sesungguhnya ini cerita fitnah dan pembohongan semata2 oleh adli... bertaubatlah org2 yg mengutuk dan menyebarkan cerita ni...

    ReplyDelete
  6. sumber:FACEBOOK..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan