Dua NGO 'ngokngek' buat laporan Polis terhadap Himpunan Bersih 5

DUA NGO dilapor telah membuat laporan Polis terhadap Himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan pada 19 November 2016.

NGO yang dimaksudkan ialah Persatuan Sahabat Peniaga-Peniaga Subang, PSPPS dan Persatuan Kebajikan Warga Emas dan Veteran Puchong, PKWEVP.

Kau nak buat laporan polis itu hak kau, terpulang kepada kau, tapi gelakkan kau serta mengkritik kebodohan kau yang cuba nak bodohkan rakyat, tentu sekali menjadi hak aku.

Ada dua benda aku rasa nak gelak dan nak kutuk tentang laporan Polis dibuat oleh kedua NGO ni.

Pertama, alasan lapuk yang masih digunakan untuk buat laporan polis — Kononnya Perhimpunan Bersih 5 akan jejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil mahupun restoran di sekitar Kuala Lumpur.

Aku tak tahu Pengerusi PSPPS si Mariappan ni baru keluar gua atau dia sekadar baca skrip yang dia sendiri pun tak faham.



Semua orang tahu bila orang ramai datang KL nak berhimpun kuasa beli meningkat, mereka semua akan rasa lapar dan dahaga, jadi kedai-kedai makan akan bertambah laris.

Bila dah laris tentu sekali pendapatan peniaga kecil mahupun restoran akan meningkat.

Aku sendiri pernah tanya dengan makcik-makcik yang meniaga di sekitar Kuala Lumpur tu, memang mereka ternanti-nanti himpunan macam Himpunan Bersih 5 ni kerana pendapatan perniagaan mereka akan meningkat berkali ganda berbanding hari biasa.

Boleh juga dengar sendiri video pengakuan makcik Rohani yang mengusahakan Restoran Rohani berdekatan dengan Dataran Merdeka. Sila klik link di bawah.

(Klik — Peniaga harap kalau boleh ada 'demo' setiap tahun)

Kedua, Izham Ishak dari PKWEVP pula bagi alasan dia buat laporan polis sebab Himpunan Baju Merah nak buat perhimpunan jika Bersih 5 buat Himpunan.

Mana aku tak gelak, dah tahu Kumpulan Baju Merah yang nak buat himpunan, buatlah laporan ke atas Kumpulan Baju Merah, yang kau buat laporan terhadap Bersih 5 tu dah kenapa?

Nanti anak kau nak berhimpun pagi Isnin di Sekolah, Jamal pun buat provokasi kata nak buat himpunan balas, maka kau pun buat laporan Polis terhadap himpunan sekolah anak kau, tak ke lawak namanya tu.

Kalau iya pun nak mengampu Najib, supaya boleh 'sakau' peruntukan (dedak) untuk NGO merapu kau tu, bagilah alasan elok sikit nak buat laporan Polis.

Alasan macam ni zaman Jepun bolehlah, zaman internet ni kau nak tipu siapa?

Tambah lagi, kedua-dua NGO ini 'base' satu di Subang dan satu lagi di Puchong berpuluh kilometer dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tempat Himpunan Bersih 5 bakal berlangsung.

Apa kaitan pula nak buat laporan Polis? Peniaga di Kuala Lumpur tak sebuk kau pula yang lebih-lebih (lepas ni bolehlah suruh peniaga pengampu di Kuala Lumpur pulak buat report sebab aku dah kata macam ni).

Semua tindakan ini hanya menampakkan Najib disokong oleh penyokong-penyokong yang tak ada otak.

7 Comments

  1. Syarat nak jadi penyokong Najib,

    "WAJIB BODOH"

    ReplyDelete
  2. ni dah tahap takde iman ke apa.... dah la luar kawasan
    takde kena mengena dgn idup mati dia... pi plak buat report mongokkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma si bodoh saja yang masih sokong Najib dan Umno

      Delete
  3. bongok2 dan biul2 jugak puak2 ni..yg bodoh tanya makcik tu kenapa..yg lain tak nak tau ke..sampah2..pembawa teksi..org nak berbelanja..orang nak bekerja(swasta)..dan bayak2 lagi keburukan..kan puak2 kau ni memang jenis yang suka langgar dan tak faham undang2..jangan tak mengaku..dah himpunan taik5..apa yang dapat..dapat perintah ke..pergi jahanam lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah saya meniaga di KL, kalau ada himpunan kena standby lauk pauk dan makanan lebih. Selalunya tak cukup sebab mereka memang terlalu ramai, sampai sesak dalam kedai.

      Kalau tanya saya memang untung ada himpunan, pendapatan bersih sehari boleh cecah sampai RM10,000 kalau lauk pauk dan nasi cukup tampung.

      Delete
    2. untuk kau je nak kira..rugi orang tak nak ambil tau ke..sah puak2 yang suka huru-hara..

      Delete
    3. Siapa pergi himpunan tu mereka tahu huru hara atau tidak. Kalau ada yang kata huru hara, maknanya memang tak pernah pergi setakat tengok dan baca media BN sahaja.

      Pergilah sendiri turun Bersih, semua jalan-jalan berpesta, selfie lepas tu balik. Kadang aku pun rasa jemu sebab setakat pergi berhimpun selfie balik.

      Macam tak ada faedah. Tapi kalau kata huru hara tu memang tak betul.

      Dulu ada kekacauan sebab polis sendiri yang buat kacau.

      Polis menyamar jadi peserta bersih pakai gelang getah di pergelangan tangan. Buat huru hara.

      Abang saya SB, salah seorang yang terlibat dengan kerja ni, dia sendiri mengaku.

      Tapi apa nak buat cari makan.

      Sebab itu peserta Bersih konon yang mengamuk hentak kereta polis tu muka terpampang tapi sampai sekarang tak daoat tangkap.

      Takkan nak tangkap polis sendiri kot...

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan