Habuan RM100 ubah alamat 'chip' Kad Pengenalan untuk undi BN di Kelantan

SALAH seorang sahabat menghubungi Facebook MiLo SuaM mendedahkan bahawa dia ditawarkan RM100 dalam salah satu group WhatsApp, untuk menukar alamat pada 'chip' kad pengenalan supaya dapat mengundi BN di Negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

Difahamkan, hanya alamat pada 'chip' kad pengenalan sahaja yang ditukar, alamat yang terpapar di atas kad pengenalan akan kekal seperti biasa.

Selain itu, wang belanja sebanyak RM250 berserta penginapan hotel dan pengangkutan bas juga akan diberikan jika mahu mengundi di negeri Kelantan.



Tawaran ini nampaknya digunakan Umno untuk memancing ramai golongan pengundi kali pertama yang sebilangan besar lagi belum daftar mengundi.

Apa yang aku faham ini adalah satu 'taktik kotor' untuk menambah pengundi dari luar Negeri Kelantan bagi memenangkan Barisan Nasional sekaligus menawan Kelantan.

Taktik ini aku tak pasti sama ada bersalahan dengan undang-undang atau tidak. Sekali imbas seperti mereka (Umno) menggunakan 'loophole' dalam undang-undang sedia ada untuk menawan Negeri Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS — "play within the rule".

Namun menukar data alamat pada 'chip' kad pengenalan sedangkan alamat terpapar pada kad tersebut berbeza, aku rasa jelas satu kesalahan — seperti memalsukan maklumat kad pengenalan.

Sahabat yang memberikan maklumat kepada aku ini turut melahirkan kebimbangan tentang perkara tersebut. Dia bimbang hanya kerana mahukan RM100 untuk tukar alamat pada 'chip' kad pengenalan, kelak dia ditahan Polis di 'roadblock' kerana data dalam 'chip' dan data tertera pada IC miliknya berbeza.

Jika perkara ini berlaku secara besar-besaran, maknanya kerajaan yang bakal memerintah Kelantan selepas PRU14 nanti bakal ditentukan oleh penduduk luar dari negeri tersebut bukan penduduk tempatan.

Nasihat aku kepada sesiapa yang dapat mesej seperti ini, janganlah terpedaya. Jangan kerana wang RM100 nanti kau kena tangkap polis atas tuduhan memalsukan data kad pengenalan.

8 Comments

  1. Anak saya pun dapat tawaran macam ni, tapi saya kata jangan gadai maruah hanya dengan nilai duit yang sedikit

    ReplyDelete
  2. Bodohkan Orang Kampung - Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke Usus!!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<




    UMNO PARTI PENJARA - Anak Muda Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<





    Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tidak Mahu Menjadi Kuli Batak UMNO Lagi!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<

    ReplyDelete
  3. kalau betul buat laporan untuk siasatan

    ReplyDelete
  4. semakin jahat permainan parti (2) jahanam laknatullah ni. Ya Allah kau hancurkanlah mereka seluruhnya

    ReplyDelete
  5. INI pun pak lebai Malang maseh leka lagi.bermesra ngan puak puak rosakan negara...sedar la

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ubah alamat. amik duit. time undi, pangkah PAS. *insert trollface*

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan