Media antarabangsa sahkan Malaysian Official 1 adalah Najib

LAPORAN media antarabangsa Reuters yang sebelum ini mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya telah lama menghentikan spekulasi dan pelbagai teka-teki tentang nama itu.

Dalam laporannya, media itu mendakwa, sumber yang berkaitan dengan siasatan kecurian berbilion dana 1MDB mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah Najib. 

Sila rujuk keratan laporan tersebut di bawah (tulisan berwarna biru) atau rujuk link ini untuk membaca laporan penuh — Reuters


Reuters, satu nama besar dan berpengaruh dalam media antarabangsa juga sering kali menjadi sumber berita utama dan rujukan media-media tempatan. 

Jika laporan Reuters ini tidak benar, kita semua tahu bahawa Najib mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap media berpengaruh ini.

Laporan ini bukan sahaja membusukkan nama Najib dan keluarganya secara individu, malah telah memburukkan nama Malaysia secara keseluruhannya. 

Malaysia dan rakyatnya dipandang serong di mata dunia kerana memiliki Perdana Menteri pencuri akibat laporan berita ini.

Jika Najib ada maruah, dan mahu menjaga nama baik Malaysia, tindakan terdekat paling mudah dilakukan ialah S. A. M. A. N.

"Jika tak boleh saman hari Selasa, samanlah hari Rabu, Khamis atau hari-hari lain..."



Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan