WSJ dedah Rosmah shopping sakan USD6 juta guna duit 1MDB

SUMBER berita berpengaruh Wall Street Journal, WSJ sekali lagi membuka peluang untuk disaman oleh Najib Razak mahupun Rosmah jika segala dakwaan mereka adalah fitnah selepas berbakul-bakul tuduhan skandal ditujukan tepat ke batang hidung.


Kali ini WSJ mendedahkan hasil penelitian terhadap dokumen terbaru yang dilihat mereka menunjukkan bahawa Datin Seri Paduka Rosmah Mansor telah 'bershopping sakan' sebanyak USD6 juta membeli baju, kasut dan barang kemas gunakan kad kredit Najib Razak yang sumbernya adalah daripada dana 1MDB.

Lokasi tempat shopping pula seperti didakwa oleh WSJ ialah — gedung beli belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan beberapa tempat lain.

WSJ nampaknya sempat perli Rosmah, apabila memetik salah satu tulisan dalam Biografinya yang ditulis dalam tahun 2013 — "Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa salahnya?"

WSJ mempersoalkan bagaimana Rosmah seorang anak guru sekolah, tiada pendapatan tetap dan suaminya hanya seorang perdana menteri dengan gaji tahunan sebanyak USD100,000 boleh berbelanja semewah itu?

USD6,000,000 ÷ USD100,000 = 60 

Najib perlu bekerja selama 60 tahun tanpa makan walau sebiji nasi untuk tampung tabiat shopping Datin Rosmah selama beberapa tahun. 

Dalam kata lain hasil titik peluh Najib seumur hidup sebagai Perdana Menteri tanpa ditolak walau satu sen gajinya perlu diserah kepada Rosmah untuk menampung perbelanjaan shopping beberapa tahun.

Namun kau dan aku tahu, mustahil Najib boleh jadi PM selama 60 tahun — maksudnya mustahil Rosmah ada duit sebanyak itu untuk bershopping. Dia tak ada pendapatan tetap, suaminya juga tidak mampu nak tampung tabiat shopping itu.

Jadi dari mana Rosmah dapat duit banyak-banyak untuk bershopping bagaikan tiada hari esok?

"Fikirlah jika ada otak..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan