Akhbar The Star kantoi guna berita tahun lepas untuk ampu Najib

SEJAK Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ mengambil tindakan undang-undang terhadap skandal 1MDB, Najib Razak (Malaysian Official 1) dikatakan tidak berani untuk ke Amerika Syarikat, ada yang kata Najib takut kalau masuk Amerika, masuk boleh tapi keluar tak boleh.

Tapi apa yang menghairankan, walaupun Najib dikatakan tidak ke Amerika kerana takut ditangkap, tiba-tiba ada berita tentang Najib di New York, Amerika dalam Akhbar The Star versi cetak semalam.

Muka surat 5, Akhbar The Star semalam (2 September 2016) bertajuk "We're a resilient country" melaporkan, Najib yang berada di New York, menyeru pengurus-pengurus dana di Amerika agar tidak mempedulikan segala kontroversi berkaitan 1MDB.



Bila disemak, ternyata Akhbar milik MCA itu 'kantoi' cuba nak ampu Najib tapi gunakan laporan berita tahun lepas.

Berita tersebut telah disiarkan pada 1 Oktober 2015 tahun lalu, di beberapa buah portal, antaranya, The Sun Daily, dan juga Borneo Post. (Baca — The Sun Daily dan Borneo Post)

Selepas kerja jahat itu terbongkar, The Star dengan pantas memadam artikel tersebut daripada laman webnya, namun jejaknya masih ada.

Bila aku Google tajuk "We're a resilient country" paparan muka pertama Google mencadangkan satu tajuk artikel daripada laman web The Star, namun bila aku klik, artikel tersebut sudah dipadamkan.



The Star sebuah nama besar sumber berita tempatan, malah sering kali menjadi laman web berita paling banyak dikunjungi di Malaysia, tak sangka mereka sanggup rosakkan nama baik dan reputasi itu hanya kerana untuk mengampu Najib.

Minggu lepas, Harian Metro silap masukkan gambar dalam laporan berita tentang jenayah sampaikan orang yang tak ada kena mengena putus tunang dan keluarganya dikecam.

Baca — Lelaki putus tunang kerana Harian Metro siarkan gambar dirinya sebagai penjenayah

Minggu ini, The Star pula kantoi guna berita tahun lepas untuk mengampu Najib.

"Shame on you The Star!"

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan