Anak murid dakwa Azizan Osman ajar pergunakan anak yatim untuk 'marketing'

SEJAK gelaran doktor palsu yang digunakan oleh Azizan Osman terbongkar, satu persatu perkara buruk lain didedahkan oleh warga media sosial. Terbaru, salah seorang anak muridnya mendakwa diajar pergunakan anak yatim sebagai salah satu teknik pemasaran 'marketing' perniagaan.

Melalui laman Facebook, Ariffin Embong yang difahamkan pernah menjadi anak murid kepada Azizan Osman mendakwa, pernah diajar cara mempergunakan anak yatim bagi tujuan pemasaran.

Menurut Ariffin, Azizan pernah berkata:

"Kita kumpulkan anak-anak yatim, kita buat majlis meraikan mereka, kita panggil media, kita akan dapat kredit daripada masyarakat suka bersedekah. Viralkan di Facebook, Instagram, YouTube sebagai salah satu teknik pemasaran bisnes."

Ariffin yang berasal dari Sekolah Anak-Anak Yatim Perkaya Terengganu mendakwa sangat terasa dengan kata-kata itu.

"Tok sangat terasa, Tok datang dari asrama anak-anak yatim Perkaya Terengganu. Rupanya kalian sampai tahap hendak gunakan anak-anak yatim untuk purpose marketing?" tulisnya.



Ramai lagi individu-individu yang pernah ditipu oleh Azizan muncul di laman sosial mendedahkan tembelangnya.

Salah seorang sahabat blogger, Edy Noor Reduan, turut mendedahkan bagaimana rakan-rakannya ditipu 'scam' dan terpaksa membayar dua kali ganda kursus MMM yang sepatutnya cuma berharga RM500 akibat muslihat yang nampak sengaja dilakukan.

8 Comments

  1. Sampai hati dia buat anak yatim macam tu. terimalah balasan kau

    ReplyDelete
  2. aku dah lama peratikan malaon ni...memang x percaya langsung, akhirnya, sepandai-panadai tupai melompat ke tanah jua akhirnya. Itu lah sifat org2 Melayu, mudah sgt percaya kepada org yang dilihat suci bersih yang sebenarnya hanya pandai menjual air liur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke manakah Azizan nak jual air liurnya yang sudah tidak laku itu selepas ini?

      Delete
  3. Brp rmai yg dh jd kaya-rya lpas dgr cramah brbyar AO tu? Yg psti dia dh brjya kaya hasil mngakal org rmai. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Qoidah menggunakan anak yatim telah lama di'amal olih syarikat besar dan kecil, Dan lain2 yg berkepentingan. Hubaya hubaya.

    ReplyDelete
  5. Rahsia Besar Dr Azizan Akhirnya Terbongkar !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete
  6. Petrtama kali saya ikut seminar dihotel anjuran azizan,ynata kurang memuaskan hati saya,sebab terang etrang bagi warning..tidak diebarkan merakam dalam bentuk suara atau gambar,sekiarnya didapati hphone atau kamera akan dirampas oleh pighak urusestia semianar yg ramai dalam deawan itru...disitu saya dah dapat tangkap azizan ni penipuuuuu

    ReplyDelete
  7. Smpi skng dok tunggu refund rm500. Nmpk gaya mcm hangus je duit tuuuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan