Cybertrooper Umno menyesal, mohon maaf sebarkan fitnah sebelum ini

BERMACAM fitnah pernah dilontarkan kepada Himpunan Bersih, gerakan menuntut Pilihanraya yang Bersih dan Adil. Bersih pernah difitnah sebagai mahu memperjuangkan seks bebas, mahu membuat huru hara di Kuala Lumpur, membekalkan bom petrol kepada peserta dan banyak lagi fitnah yang dilontarkan terhadap bersih sebelum ini, you name it.

Langit tak selalu cerah, individu yang terlibat melontarkan pelbagai fitnah terhadap Bersih tampil meluahkan rasa kesal sambil memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya melakukan fitnah sebelum ini.

Beliau mendakwa turut menerima kifarah akibat perbuatannya membantu pemimpin zalim untuk kekal memerintah sebelum ini.

Berikut pengakuan Ratu Naga, salah seorang cybertrooper penyokong kuat Barisan Nasional yang tidak asing lagi di dunia internet membuat pengakuan berani melalui akaun facebook miliknya:

"Teringat dulu masa sebelum PRU13. Kami semua di feed kan untuk sebarkan agenda BERSIH konon songsang. Saya sampai keluarkan duit sendiri taja belanja & tenet pada kawan-kawan yang tidak berkemampuan untuk berjuang naikkan BN dan fitnah serta burukkan BERSIH, pembangkang & Ambiga.

Macam-macam grafik kami sebarkan dan kami tulis, padahal ia tak benar, masa itu saya ingat BN yang terbaik nak jaga kebajikan rakyat dan negara. Tak sangka pula lepas Najib naik semua jadi sebaliknya.

Menyesal saya, sekarang ni kifarah saya terima kerana bantu pemimpin zalim kekal memerintah. Macam mana saya nak tebus semua kembali supaya tahu saya dah buat kesilapan dulu. Maafkan saya, saya sangat kesal apa yang dah kami lakukan,"



Dari pengakuan ini, jelas sekali cybertrooper Umno di 'feed' (dibekalkan) dengan bahan-bahan fitnah untuk disebarkan bagi menyerang pembangkang dan juga Bersih. Ini menggambarkan Umno dan Barisan Nasional memiliki organisasi fitnah yang tersusun dan Ratu Naga ini mungkin sekadar penyebar level pertengahan ke bawah.

Nampaknya ini satu permulaan sebelum lebih ramai tukang fitnah 'level atasan' bakal didedahkan satu persatu. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Ratu Naga

5 Comments

  1. Alhamdulillah Ratu Naga dh bertaubat dn insaf kembali ke Pangkal Jalan.semoga yg lain lain akan insaf dan ingat bahawa Allah swt lah yang paling berkuasa keatas segala galanye

    ReplyDelete
  2. Its OK to err and to err is human. But to purposely, intentionally and continually rake the what is proven daylight robberies, meaning everything from stealing monies to rigging the systems, then this monster-Bugis-Pirate needed to be purged and purge the sooner the better.

    To those whom had come to their senses, don't fret, we cannot read the crystal ball as clear as the glass of water, but we take from the mistake/s and redeem ourselves. Its darn a higher honour to apologise than to keep denying and standing your ground like what the Bugis-Pirate is doing. Why? Because he knows the prospect of him being thrown into the slammer is damn REAL POSSIBILITY, period!

    MLN

    Note: We were once fighting tooth & nail during the GE13 & especially the Telok Intan byelection (from the US), but what we saw in Mah Siew Keong now.......dead kowtowing Bugis-Pirate not questioning a single time 1MDB and SRC's 'cannot be hidden' no more money-trails into the Pirates private accounts and that is not CORRUPTION? Cina, India dan Melayu kena tipu hidup hidup di Teluk Intan.

    ReplyDelete
  3. Berkatalah yg benar walaupun pahit dan sakit.. Sampai bila melihat bangsamu keliru untuk memilih yg hak dan bathil.

    ReplyDelete
  4. Sekarang sebagai menunjukkan penyesalan yg lps...Bantu dan sebarkan perkara buruk yg benarx berlaku supaya BN dpt ditumbangkan pd PRU14 nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu saya sokong kenyataan ini

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan