Lelaki kena terajang samseng baju merah anggota Polis rupanya


LELAKI memakai baju T Shirt Bersih 5, menunggang superbike yang diterajang oleh Samseng Baju Merah tempoh hari difahamkan adalah salah seorang anggota Polis.

Baca — Samseng Baju Merah terajang penyokong Bersih depan Polis

Gambar beliau yang lengkap dengan uniform anggota polis turut disebarkan di media sosial sejak semalam. Nampaknya samseng baju merah sudah silap orang, penyokong Bersih 5 yang nak dibelasah, malangnya anggota polis kena terajang.


Pendedahan ini secara tak langsung turut menafikan dakwaan anak buah Jamal Jamban semalam yang mendakwa Biker Bersih 5 kena terajang sebab langgar beberapa penyokong Baju merah.

Baca —  Biker langgar kumpulan Baju Merah

Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.

Pada pendapat aku, mamat yang kena terajang dengan samseng baju merah ini bukanlah datang menyokong Bersih 5 secara tulen, tetapi beliau sebenarnya sedang bertugas sebagai SB, atau mata-mata.

Tidak ada masaalah anggota Polis nak menyamar jadi penyokong Bersih untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 

Aku percaya dalam kalangan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban pun tentu ada SB yang menyelinap untuk menjaga keselamatan. Ini tugas Polis kita faham.

Cuma nasib tak baik jika anda SB kena menyamar jadi penyokong Bersih, terpaksa merasa sakit kena terajang dengan samseng baju merah.

Kalau menyamar jadi samseng baju merah insya Allah tak ada siapa nak terajang sebab baju kuning memang dilarang melakukan keganasan. Jika ada penyokong Bersih lakukan keganasan, serta merta kita tahu itu bukan penyokong Bersih.

Seperti semasa Bersih 4, ramai penyokong Bersih sudah siap siaga untuk tangkap mana-mana individu berbaju kuning yang buat provokasi atau bertindak ganas, ramai yang bawa 'cable tie' sebab mereka tahu kalau ada yang buat provokasi atau bertindak ganas mereka itu bukanlah penyokong Bersih sebaliknya penyamar yang mahu sabotaj Bersih.

Berbeza dengan Samseng Baju Merah, anak buah terajang orang pun ketuanya si Jamal Jamban boleh pertahankan siap sokong dan galakkan anak buah dia bertindak ganas.

Update:

Pihak Polis telah memberi respon terhadap dakwaan mengatakan lelaki yang kena terajang oleh samseng Baju Merah ini adalah seorang Anggota Polis seperti yang diviralkan di media sosial sejak semalam.

BACA   Kusaini Kassim pakai baju anggota keselamatan untuk suka-suka

15 Comments

  1. Sebagai orang Melayu...saya nampak lelaki yang memakai baju merah itu dan menutup muka bersikap sangat biadap apabila menendang dari arah belakang orang yang lebih tua dimana kita boleh lihat institut keluarga lelaki ini telah rosak dari peringkat rumah lagi akibat kegagalan ibubapa mendidik anak.. .di samping itu tendang dari belakang adalah sikap pengecut tahap Yahudi kerana tidak berani berlawan secara berdepan.

    ReplyDelete
  2. Lol aku tak rasa yahudi penakut..apa la bodoh punya perbandingan. Hidop UMNO

    ReplyDelete
  3. Aku mmg tak sokong baju merah tapi nak samakan dgn Yahudi mmg tak ngam langsung.

    ReplyDelete
  4. Aku kira si penerajang tu bernasib baik.
    Kalau polis yang kena terajang tu libas balik.
    Sudah pasti tengkok si penerajang tu patah riuk.
    Jangan main-main dengan penerajang polis.
    Azalina@TomBoy ada black belt pun tak boleh lawan.

    ReplyDelete
  5. Kalau anak buah dia dah kena terajang begitu rupa, Igp Khalid masih tak mengambil tindakan terhadap Jamal@Sial dan konco-konconya, tak taulah apa nak kata...

    ReplyDelete
  6. Itu lakunan sahaja antara polis dan baju merah.

    Nanti ada alasan haramkan Bersih 5.

    Polis ni mcm mana mampu beli superbike ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa polis x boleh beli superbike? Ko ingat polis xboleh ada pangkat dan bergaji tinggi? Atau mungkin dia dah ada anak2 yg besar dan berjaya dan boleh membantu kewangan ibu bapa? Superbike secondhand pun melambak, lagi pekerja kerajaan senang dpt kelulusan loan nak beli. Tolong la jgn asyik nk buruk sangka.

      Delete
  7. boleh pertikai mcm mana boleh beli superbike bagai ? haha rezeki masing2 bahangong duit dia lantak pi lah nak beli apa pun ... haha sah macai ilmu cetek :>)

    ReplyDelete
  8. Tak setel dgn isu Bersih 5 ni nanti timbul pula isu baru > Anggota Polis tidak mampu beli superbike.
    huhu cetek nye pemikiran.

    ReplyDelete
  9. Ha psl cmne polis bole bli superbike tu kelakar, aku ni kuli gred 11, keje antar notis jer tiap2 pgi pn mampu jer pkai z800, buat loan lps xdehal jer.. Mmg lar tiap bln mkn pasir, tp dh mnat nk wt cmne.. Kot yg pertikaikan tu kje petik buah cheri blkg umah kepala bana bapak die

    ReplyDelete
  10. Haha.. apa la kayu ni ckp polis x boleh beli superbike.. kawan aku pun beli superbike sbb minat. Tp kreta dia beli simple je. Bahlol.

    ReplyDelete
  11. tak kira polis ke orang biasa asal pakai baju logo taik kuning sama saja..semua samseng2 nak demo buat huru-hara sebab kemaruk nak perintah negara..

    ReplyDelete
  12. Bersih ni dah diketahui umum guna dana yahudi. Tu pun nak sokong ke? Suaram pun. Aku yg tak pakai baju merah pun rasa nak terajang.

    ReplyDelete
  13. Bersih ni dah diketahui umum guna dana yahudi. Tu pun nak sokong ke? Suaram pun. Aku yg tak pakai baju merah pun rasa nak terajang.

    ReplyDelete
  14. lapar traffic ke braDER.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan