Najib Razak dan Sasterawan Negara berbalas pantun di Twitter

SEMASA pembentangan bajet 2017 tempoh hari, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menjual sebuah pantun menggunakan perkataan 'dedak' melalui akaun twitter miliknya.

"Dedak bukan, umpan pun bukan, BR1M yang ikhlas satu pemberian, keperluan rkyt kita dahulukan, Jumlah BR1M kita tambah-tambahkan," tulisnya.



Pantun itu bagaikan dijawab secara sinis oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said juga melalui twitter.

"Masuk ke hutan muncul di rimba; selam di tasik timbul di laut, Bajet umpama simbahan gula; yang heboh, beri; yang senyap, kaut." tulisnya.

Ramai sahabat bukan Melayu kurang faham maksud sebahagian pantun A Samad Said yang berbunyi "yang heboh beri, yang senyap kaut" beliau menggambarkan bahawa Perdana Menteri heboh di dalam memberi bantuan (termasuk BR1M) dalam masa yang sama seyap-senyap kaut duit (boleh juga sebut rembat).



Satu lagi yang buat aku tergelak bila salah seorang pengikut Najib di twitter turut mengajuk dan menjadikan pantun dijual najib itu sebagai bahan lawak dalam video berikut, sila klik untuk menonton



5 Comments

  1. Tersembur aku minum air dengar pantun budak hahahaha

    ReplyDelete
  2. Best suara die..boleh jadi pembaca berita kot kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Aku dengar suara dia mirip suara Farid Esmith pembaca berita Dunia Jam 10 tu

    ReplyDelete
  4. Wkwkkwkw jibauk tul 😂😂😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan